They're My Best Buddies

Wednesday, 14 November 2012

Menjelang Tahun Baru Hijrah

Assalammualaikum W.B.T
 
Mood bekerja hari ni agak tak bermaya sikit. Ofis pun macam sepi je. Ramai yg bercuti. Tapi, bagi yg kena kerja macam aku ni, kena la bekerja dengan sepenuh hati kan. Nanti jadi tak ikhlas pula. Kerja tu kan satu ibadah. Nak beribadah kena la ikhlas >_<
 
Tak lama je lagi kita semua akan menyambut Awal Muharram. Rasanya dah ramai blogger yg post doa penutup dan pembuka tahun. Jangan lupa baca nanti. Aku pun nak kena print doa tu. Takut terlupa nanti. Mesti rasa tak lengkap hidup tanpa doa, kan? Well, apapun...tahun yg dah berlalu ni amat mencabar bagi diri aku. Pelbagai perkara yg berlaku dalam hidup. Yg pahit, yg manis, semuanya berlaku bagaikan sekelip mata.
 
Azam tahun baru...?? Mesti la ada. Cuma ada beberapa azam yg terpaksa di bawa ke tahun baru sebab belum mampu nak laksanakan sepenuhnya. InsyaAllah, tahun baru nanti pasti akan tertunai jua. Ada 1 azam besar yg aku tak pasti mampu atau tak untuk aku tunaikan. Dah bertahun-tahun azam tu di"carry-forward"kan. Entah bila agaknya boleh padam dari list ni. Hee (",)
 
Apapun, Salam Muharram buat semua umat Islam di luar sana. Moga tahun baru yg bakal menjelang tiba ni akan membawa erti kebahagiaan yg sebenar dalam diri kita semua. InsyaAllah. 
 
 
 
 
~ Dylla Abas ~
 

 
 

Post a Comment