They're My Best Buddies

Wednesday, 28 November 2012

Kemalangan Di Mana-Mana

Assalammualaikum W.B.T
 
Kesibukan awal pagi tadi telah membantutkan hasrat aku nak update blog. Okay. Tarik nafas dulu. Pagi tadi, masa tengah bersiap-siap nak pergi kerja, sempat la melayan MHI di tv3. Berita tentang kemalangan maut yg meragut 5 nyawa sekaligus, hingga menyebabkan salah satu mangsa PUTUS KEPALA dan otaknya melekat di bahagian pintu kereta. Ya Allah, ngeri wehhh! Dan kejadian tu berlaku dekat dengan kampung aku, plaza tol Slim River arah selatan.
 
Dan sebelum ni, bersaksikan mata aku sendiri, kemalangan yg melibatkan dua buah kereta di MRR2 di persimpangan Hospital Ampang. Cuma aku sangat bernasib baik sebab tak nampak mangsa, sama ada cedera atau maut. Yg pasti, kedua-dua buah kereta tu memang remuk habis. Salah satunya terbalik dan satu lagi tersangkut di atas guardrail dan merempuh tiang signboard.
 
Banyak betul kemalangan yg berlaku sejak akhir-akhir ni. Kadang-kadang timbul juga perasaan takut nak memandu. Yelah, bila kita dah berhati-hati, orang lain pula yg ambil mudah. Kecuaian tu walaupun sekelip memang boleh menyebabkan malapetaka.
 
Kepada semua pengguna jalanraya, pemandu kereta/lori/bas/van, penunggang motosikal dan penjalan kaki, tolong la berhati-hati. Fikirkan juga tentang keselamatan orang lain di samping keselamatan diri sendiri. Memang malang itu tidak berbau. Jadi, berwaspada la selalu.
 

 
p/s : tak rugi kalau kita berhati-hati (",)
 
 
 
 
 
~ Dylla Abas ~ 
 
 
 
 

Post a Comment