They're My Best Buddies

Wednesday, 7 November 2012

Antara Kehendak Hati dan Suratan Takdir

Assalammualaikum W.B.T
 
Kehendak hati dan suratan takdir selalu tak seiring, kan...? Selalunya, lain yg hati kita impikan, lain pula takdir yg menentukan. Jadi, yg mana harus kita akur - kehendak hati atau suratan takdir...? Tapi, aku percaya kita yg beragama Islam ni ada pegangan iman. Mengikut Rukun Iman yg ke-6, beriman kepada qada' dan qadar - jelas menunjukkan suratan takdir melebihi kehendak hati.

Tapi, ini bukanlah bermakna kita harus tunduk pada suratan takdir semata-mata. Semua ketentuan itu memang di tangan-Nya. Kita sebagai hamba-Nya yg beriman, tidak boleh cepat berputus asa dan hanya berserah tanpa mahu berusaha. Tidak salah kita berusaha untuk mengubah takdir hidup kita.

Walaupun pada hakikatnya, kehendak hati itulah yg kita mahukan kerana pada sangkaan kita itulah yg akan menyempurnakan kehidupan kita. Ketahuilah, kita tidak pernah tahu. Hanya DIA saja yg Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hamba-Nya. DIA hanya akan memberi apa yg kita perlu, bukan apa yg kita mahu. Andaikata ada kehendak hati yg tidak tertunai, janganlah terus menyalahkan takdir. Terimalah semua ketentuan-Nya dengan hati yg terbuka. Berlapang dada menerima semua yg telah ditentukan-Nya setelah kita berusaha bersungguh-sungguh, akan membantu kita untuk menjadi hamba-Nya yg lebih redha. InsyaAllah.


p/s : sentiasa yakin dan bersangka baik pada Allah S.W.T...jiwa pasti akan lebih tenang (",)

 
 
 
 
~ Dylla Abas ~
 
 
 
 
 
 

Post a Comment