They're My Best Buddies

Monday, 22 October 2012

Whatsapp di mana-mana

Assalammualaikum W.B.T
 
Tengah takde mood ni, ada pula idea nak buat entri baru. Whatsapp. Aku tahu, ini bukan topik yg segar. Majoriti daripada kita memang dah sedia maklum dengan aplikasi Whatsapp ni. Dulu demam BBM. Sekarang Whatsapp pula. Bukan saja Whatsapp, malah ada LIME, ada Viber dan ada macam-macam lagi la. Begitu la canggihnya dunia masa kini. Aplikasi macam ni percuma bagi pengguna android phone yg subscribe dengan internet pastinya.
 
 
Google
 
Begitulah mudahnya hidup di zaman teknologi begini. Semuanya di hujung jari. Dan bila difikir-fikirkan balik, kemudahan ini sebenarnya banyak menjurus ke arah keburukan. Entah la. Tapi aku terfikir macam tu. Tapi, bagi yg menggunakan kemudahan begini ke arah kebaikan, memang korang berfikiran matang dan bijak. Kalau sebaliknya, korang fikir sendiri la akibatnya.
 
Minggu lepas, aku dah terfikir untuk masukkan aplikasi ni dalam handphone aku. Maklumlah, handphone kurang canggih, jadi aplikasi ni takde dalam handphone masa mula-mula beli dulu. Kena masukkan kemudian. Tapi, tengah fikir-fikir nak masukkan ke tak...aku terus rasa tak sedap hati. Kalau la aplikasi tu dah ada dalam handphone, pasti hidup aku lepas ni asyik dengan handphone je. Ke mana-mana ada handphone. Berkepit 24 jam! Tak nak la. Macam takde privacy pula rasanya. Betul ke...??
 
Hmm, biarlah aku ketinggalan sikit. Asalkan handphone aku masih boleh call & SMS, dah rasa cukup bagus dah. Tak perlu la nak canggih sangat. Kepada sesiapa yg nak menghubungi aku, sila la korbankan sedikit bil telefon atau prepaid korang tu ye. Kalau rasa rugi, tak payah contact langsung...huhu >_<
 
 
p/s : rimas juga bila tengok ada orang yg tak leh berenggang dengan handphone diorang!!
 
 
 
 
 
~ Dylla Abas ~
Post a Comment