They're My Best Buddies

Monday, 8 October 2012

Tak profesional langsung...!

 Assalammualaikum W.B.T
Cubaan men'update' entri setelah sekian lama tak update apa-apa. Harap-harap kawan blogger semua sihat-sihat belaka la ye..tak sempat nak BW lagi. Ada la 2-3 blog yg sempat aku terjah pagi tadi. Tu pun curi-curi baca.
Berbalik kepada tajuk entri. Profesional. Ada beberapa peristiwa yg membuatkan aku terfikir, betapa sikap profesional itu perlu ada dalam diri, lebih-lebih lagi di tempat kerja. Contohnya, diri aku sendiri la. Masa kat tempat kerja lama dulu, aku dengan si dia bekerja di bawah satu projek. Aku memang deal dengan dia untuk beberapa perkara.
Jadi, bila tiba angin monsun barat daya datang, kitaorang dalam tempoh 'perang saudara'....mood nak tengok muka masing-masing memang takde la kan. Tapi, demi kerja dan sikap profesional, masing-masing buat macam tak ada apa-apa yg berlaku. Hal kerja harus diutamakan jika berada di tempat kerja. Hal peribadi tolak ke tepi dulu. Jangan campur-adukkan kedua-dua hal ni. Walaupun dalam hati hanya Tuhan je yg tahu macam mana rasanya nak berdepan dengan muka yg menyakitkan hati tu ** eh...?? hahahaha...** tapi, alhamdulillah sebab aku dikurniakan dengan sedikit sifat sabar. Boleh la nak mem'profesional'kan diri. Takde la nak emosianal tak tentu hala kan.
Baru-baru ni, aku terjebak dengan satu kes tanpa sengaja. Aku tak nak terjebak pun. Tapi, akur jelah bila aku yg 'terpilih'. Si A ni berkawan rapat dengan aku ** suatu ketika dahulu **, tapi dalam hatinya dah ada satu perasaan yg lebih daripada kawan. Bila si A dah boleh menerima hakikat yg aku memang dah ada si dia, baru la dia menjauhkan diri daripada aku. Dan kesannya...?? Si A ni memang betul-betul menjauhkan diri. Tak nak bertegur sapa. Kalau berselisih tu, dia memang boleh pusing ambil jalan lain. Hal kerja pun dah mula pass kat orang tengah. Macam-macam hal la dia buat. Yg lebih menarik lagi, kawan-kawan yg rapat dengan aku pun terpaksa menerima tempiasnya. Dengan semua kawan-kawan yg rapat dengan aku dia tak nak bertegur-sapa. Apa punya turrr!!!
Profesional la sikit. Masing-masing dah dewasa. Hal remeh-temeh macam ni tak payah la nak besarkan. Aku tak kisah sangat sebenarnya bila si A tu tak nak bercakap dengan aku. Tak luak mana pun. Kerja aku jalan je. Hidup aku pun aman. Tapi yelah...nama pun kawan kan. Bila tak bertegur-sapa macam ni, ada la rasa kurang selesa dalam diri. Hmmm...bila tengok si A tu boleh berlagak selamba je, aku pun malas nak ambil kisah sangat la. Lantak dia!
p/s : akan sampai masanya si A tu pasti datang bercakap dengan aku juga...percaya la...huhu >_<



~ Dylla Abas ~
Post a Comment