They're My Best Buddies

Monday, 15 October 2012

Isnin Yg Terpilih

Assalammualaikum W.B.T
 
Isnin kembali seperti biasa. Dan pagi Isnin kali ni, aku di"hidang"kan dengan berita sedih tentang adik Ahmad Adam Syukri di MHI. Setiap kali berita adik Adam disiarkan, setiap kali tulah rasanya mata aku ni panas. Airmata tu macam nak keluar. Tapi, tak keluar pun. Namun, dalam hati betapa Allah saja yg tahu betapa sedihnya aku melihat penderitaan adik Adam yg terus berjuang untuk hidup. Ketabahan hati kedua orang tuanya, begitu memberi inspirasi. Ya Allah, moga Kau ringankan la penderitaan dan beban mereka sekeluarga. Amin.
 
Bila bercakap tentang hari Isnin, pasti banyak gelaran yg diberi. Monday Blues. The Sickness Monday. Dan macam-macam lagi. Walaupun aku sendiri secara peribadinya agak kurang bersemangat bila datangnya hari Isnin, tapi banyak kebaikan yg ada pada hari Isnin yg kita semua sedari, tapi sengaja mengabaikannya.
 
Di dalam Islam, ada beberapa perkara besar yg berlaku pada hari Isnin. Antaranya :
 
1. Nabi Idris A.S telah naik ke langit.
2. Nabi Musa A.S menerima wahyu di Bukit Thursina.
3. Turunnya dalil tentang ke-Esa-an Allah S.W.T
4. Lahirnya Nabi Muhammad S.A.W
5. Malaikat Jibril turun ke bumi untuk kali pertama bertemu dengan baginda Rasulullah.
6. Semua amal perbuatan umat Islam diperlihatkan kepada Rasulullah.
7. Wafatnya Nabi Muhamad S.A.W
 
Hari Isnin juga dipilih sebagai hari di mana umat Islam digalakkan untuk berpuasa Sunat. Ada yg berpuasa Sunat hari ni..? Alhamdulillah. Dan ada banyak lagi kelebihan hari Isnin yg kita semua tahu. Isnin juga merupakan permulaan minggu baru dalam kehidupan seharian kita. Moga-moga, lepas ni kita semua akan lebih bersyukur untuk menempuh hari Isnin yg akan datang ** termasuklah diri aku sendiri ** InsyaAllah. 
 
 
Google
 
 
p/s : Zikir Isnin
 

 




~ Dylla Abas ~ 
Post a Comment