They're My Best Buddies

Sunday, 16 September 2012

Transformasi Diriku - Bertudung Bukan Kerana Ikutan Budaya

Assalammualaikum W.B.T

Melihat terlalu banyak gaya dan fesyen bertudung hari ini, membuatkan aku terfikir - ikhlaskah kita bertudung kerana perintah Allah S.W.T...?? Kini, memang ramai yg berubah untuk berhijab. Dan perubahan yg positif ini amat baik dan bersesuaian dengan tuntutan agama. 

Setuju tak kalau aku cakap, ramai yg berhijab kerana terpengaruh dengan fesyen bertudung...? Jika ada yg sebegitu, maka cubalah perbaiki niat kita agar menjadi lebih ikhlas kerana Allah S.W.T. Berubahlah kerana Allah S.W.T, bukan kerana ikutan budaya. Bagi seorang wanita Islam, kita tiada pilihan di dalam menutup aurat kerana inilah kewajipan yg harus kita ikuti. Dan aku sendiri, mungkin agak terlewat untuk sedar, walaupun hakikatnya, inilah yg kita pelajari semenjak dari kecil lagi. 

Tiada istilah belum sampai seru atau belum dikurniakan hidayah, kerana hidayah itu perlu dicari, bukan dinanti.  Namun, tidak dinafikan perkembangan fesyen bertudung sekarang ini memberi kesan yg positif terhadap golongan wanita, terutamanya remaja. Ada pelbagai jenis gaya bertudung yg boleh kita peragakan. Untuk kelihatan cantik dan menarik di dalam berhijab tidak menjadi masalah, namun biarlah secara sederhana dan tidak melampau. Paling penting ikut landasan dan syarat yg telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Janganlah pula kita bertudung sempurna menutup dada, tetapi lengan baju terlalu singkat sehingga menampakkan lengan. Itu juga aurat yg perlu kita ambil kira. Aku sendiri kadang-kadang terbabas juga. Ada masanya bila tersedar yg aku dah nampakkan sebahagian daripada tangan aku ni, cepat-cepatlah buat sesuatu untuk menutupinya.

Hingga ke hari ini aku masih tidak putus-putus berdoa agar aku dikekalkan di landasan yg benar. Takut betul membayangkan jika hidayah yg dikurniakan ni ditarik balik. Moga-moga kita semua akan menjadi lebih sempurna di dalam menutup aurat seperti yg dikehendaki-Nya. Amin.
~ Dylla Abas ~




Post a Comment