They're My Best Buddies

Tuesday, 4 September 2012

Rumah Terbuka di Putrajaya dan Sg.Ramal

Assalammulaikum W.B.T

Jumaat yg lepas, aktiviti aku agak padat juga. Cuma awal pagi tu aku di rumah jelah. Kemas-kemas rumah dan kemas la segala apa yg patut. Lepas je Solat Jumaat, baru aktiviti aku bermula. Tempat pertama yg kitaorang pergi ialah Putrajaya, rumah makcik housemate aku. Masuk je dalam rumah tu, aku dah terpandang laksa. Oh, my feveret!! Terus muka macam tak berapa nak malu, duduk cari port dan bangun balik untuk ambil makanan..hee >_<

Tapi, itu bukan kali pertama aku ke sana. Dah masuk kali kedua. Jadi, konon-kononnya buat macam rumah sendiri la. Plus, makcik dan pakcik housemate aku tu pula jenis yg ramah dan tak kisah. Aku pun apa lagi. Entah berapa round aku makan. Dengan lontong nya. Dengan kek nya. Dengan segala macam lagi la. Alhamdulillah. Memang kenyang ya amat.





Dah siap makan, lepak-lepak kejap sambil plan apa program seterusnya, kami sempat la layan drama Indonesia yg menjadi santapan mata tetamu yg hadir pada masa tu. Aku agak emosi juga bila tengok drama tu. Tapi, tahap emosi aku tak sama macam seorang adik tu yg tetiba je menjerit, "jahatnya dia!" Hahaha...menghayati jalan cerita sangat adik tu tau (",)

Sempatlah kitaorang bergambar kat luar rumah makcik tu. Agak teruja juga la dengan pemandangan kat sana. Maklum la, aku takde sedara-mara yg duduk di Putrajaya tu. Jadi, pemandangan macam ni bukan pemandangan biasa la bagi aku...huhu. Hmm, entah superbike siapa la yg jadi mangsa "model bersama" kitaorang hari tu ^_^



Lepas tu, kami decide untuk ke Summit USJ. Niatnya nak main boling je. Tapi, lepas main boling, pusing-pusing kejap shopping mall tu, ada pula benda yg diorang beli. Aku juga yg cuci mata..hee >_<





Main boling dengan budak 2 orang ni memang enjoy gile! Masing-masing nak tunjuk terel. Padahal masing-masing main macam hampeh je. Score la juga kan. Cuma tak la sampai boleh wakil Malaysia...hahahaha!!








Malam tu pula, kami menuju ke Sg.Ramal untuk majlis makan-makan di rumah salah seorang ex-staff UniRazak dulu. Err...katanya bukan rumah terbuka. Buat makan-makan sempena birthday mak dia je. Okay la tu. Janji ada makan. Kali ni kami dapat la jumpa dengan beberapa lagi orang kawan-kawan sepejabat. Makan-makan nye agak meriah juga. Banyak betul menu. Ada juga laksa disediakan. Tapi, aku tak ambil. Sebab mata dah tertumpu pada nasi ayam. Dan sebelum makan nasi ayam tu, aku sempat jamah Spaghetti Carbonara dulu. Adoiii...banyak betul makan hari tu. Apapun, alhamdulillah. Syukur dengan rezeki yg ada...hehehe >_<


Photobucket
Post a Comment