They're My Best Buddies

Tuesday, 11 September 2012

Impian Hidup

Assalammualaikum W.B.T
Setiap kita pasti punya impian yg tersendiri. Ada pelbagai impian yg mewakili setiap daripada kita. Impian itu pastilah sehabis daya cuba untuk digapai. Bagi yg berjaya memenuhi impian diri, tahniah diucapkan. Kerana hakikat kehidupan, bukan mudah untuk menggapai impian. Apatah lagi impian itu benar-benar mencabar kekuatan minda dan emosi kita.
Namun, kita juga tidak boleh bersikap putus asa atau sambil lewa jika sudah menanam impian dalam diri. Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menggapai setiap impian adalah matlamat yg harus ditepati. Jika selepas berusaha sehabis daya dan kita gagal untuk menggapai impian itu, janganlah pula kita berpatah semangat. Ada banyak cara yg boleh kita usahakan untuk menggapai impian. Namun, harus diingatkan, impian tidak patut digapai dengan cara yg tidak baik.
Menanam impian, bertekad dan berusaha untuk menggapainya pasti akan lebih bermakna jika diiringi dengan doa ke hadrat Illahi. Kerana setiap doa untuk setiap perbuatan yg baik pasti akan dimakbulkan-Nya, dengan pelbagai cara. Tidak semestinya doa itu diperkenankan seperti yg kita pinta. Yg terbaik pasti hadir jika kita menanam rasa yakin bahawa setiap qada dan qadar itu adalah ketentuan-Nya dan Rukun Iman yg terakhir yg harus kita berpegang dengannya.
Bagi diri aku sendiri, impian untuk menjadi anak yg lebih baik dan membalas jasa kedua orang tuaku adalah matlamat yg harus ditujui. Tidak kiralah di tahap mana sekalipun aku berada, tanpa mak dan ayah, tiadalah aku di sini. Tanpa jasa dan pengorbanan mereka selama ini, tiadalah kejayaan yg datang dalam hidup aku. Dan tanpa mereka di sisi, tiadalah erti kebahagiaan hidup yg ingin ditakluki.
Ketika mula mengenal huruf, aku masih belum mengerti apa itu impian. Ketika mula melangkahkan kaki di alam pendidikan yg lebih tinggi, barulah impian itu terlihat jelas satu-persatu. Banyak juga yg aku impikan. Dan aku tak pasti, adakah salah satu daripada impianku telah tercapai.
Ketika mula mengenal erti pencarian rezeki, gaji pertamaku benar-benar terasa nikmatnya. Hasil titik-peluhku yg pertama membuatkan aku tersenyum penuh syukur. Aku kongsikan kegembiraan itu dengan seluruh ahli keluargaku. Walaupun tidak seberapa, tetapi itulah kenangan yg paling dikenang. Hingga kini, aku masih berkongsi nikmat rezeki yg Allah S.W.T kurniakan kepadaku. Sudah cukup berjayakah aku...? Jika dinilai oleh orang-orang yg memandang duniawi, aku belum boleh dikategorikan sebagai orang yg berjaya.
Benar, aku juga ingin berjaya seperti mereka yg lain. Aku juga ingin hidup mewah. Aku juga punya hasrat untuk memiliki segala-galanya. Tapi, benar juga kata orang, ibubapa adalah harta yg paling bernilai dalam hidup. Cukuplah aku punya mereka. Dan cukuplah aku punya Allah S.W.T yg sentiasa ada di sisi, kala susah dan senangku. Walaupun tidak kaya, aku selesa dengan kehidupan aku sekarang. Walaupun tidak punya harta, aku masih mampu menarik nafas lega tatkala bangun di Subuh hari. Memiliki aset perniagaan yg berkembang pesat tetapi pening memikirkan keuntungan setiap hari bukanlah suatu kejayaan bagi diri aku. Kejayaan bagi diri aku bermaksud membalas jasa kedua orang tuaku dan mendapat restu mereka. Dan kejayaan itu pasti akan mendorong aku untuk menjadi lebih berjaya di dunia dan di akhirat kelak. InsyaAllah.
p/s : berjaya di akhirat lebih menjamin kebahagian hidup sebenarnya ^_^

Photobucket
Post a Comment