They're My Best Buddies

Tuesday, 28 August 2012

"Yelah...kau memang ada semua"

Assalammualaikum W.B.T
 
Aku tengah buat kerja tadi. Punyalah kusyuk sampai tetiba je aku teringat tentang seorang ex-housemate aku ni. Masa tu kami menetap di Kundang, Rawang. Entah angin apala yg lalu kat aku tadi sampai tetiba je teringatkan dia. Bukan best sangat pun nak ingat hal dia. Sebenarnya dia tu banyak menyakitkan hati je. Istighfar Dylla...istighfar. Jangan nak sakit hati sangat la.
 
Korang pernah tak ada kawan atau sedara-mara atau sesiapa jelah yg korang kenal yg ada sikap "semua ada" atau "semua tahu"...? Mesti korang pun ada experience macam aku juga, kan...? Kadang-kadang rasa meluat nak melayan kerenah orang macam ni. Pantang kita buka cerita, mesti diorang pun nak bercerita juga. Dah tu, jenis nak "up" kan diri sendiri. Tak nak kalah. Aku ada A. Kau ada A++. Memang nak menang jelah pendek kata.
 
Aku bukannya kisah sangat dia nak menang ke apa ke. Biar la dia kalau dah memang dia ada semua. Tapi, bila dia ada semua dan sibuk nak "ada" kan juga semua benda lain bila tiap kali kitaorang berborak, rasa nak marah juga. Tak boleh ke kau dengar je...? Tak payah nak tambah-tambah cerita aku tu...? Hahaha...adoiii Dylla, macam budak-budak la kau ni! Benda kecil macam ni pun nak marah. Okay fine. Memang agak childish la aku ambil berat sangat hal kecil macam ni. Tapi, bila dah wujud rasa jengkel dalam hati, benda kecil pun boleh jadi benda besar, kan..?
 
 
A : Semalam aku beli tilam kat kedai perabot tu...murah je, tapi okay la sebab tebal juga...
 
B : Oh, ye? Mak aku kan baru-baru ni beli tilam kat IKEA, tebal 8 inci...tapi mak aku cakap tak best sebab rasa tak selesa...yelah selama ni tidur tilam tebal 12 inci...bila tiba-tiba kena tidur tilam nipis dia rasa tak best...tilam yg kau beli tu berapa inci...?
 
A : *&^%$@!!(*&^!!
 
 
Haa..macam tulah salah satu contoh perbualan yg dah buat aku hangat hati. Yelah, aku tak mampu nak beli tilam 12 inci atau 8 inci sekalipun, tapi perlu la kau buka cerita pasal tilam yg mak kau beli tu...? Siap mentioned IKEA lagi. Saja je nak bakar line kan. Sengal betul aku rasa. Nak marah pun rasa macam tak guna. So, geleng kepala jelah. Perangai...perangai...
 
Ada banyak lagi la contoh lain. "Mak aku ada..." "abang aku ada..." "pakcik aku ada..." Yelah...kau memang ada semua la! Family members kau memang the best in the world la senang cakap. Macam ni punya perangai pun ada...apa daa!
 
Actually, kawan aku yg seorang ni memang ada banyak perangai yg pelik-pelik. Pelik bagi aku sebab tak pernah jumpa lagi dengan manusia yg macam ni. Jenis yg "semua ada", "tak nak kalah", "perfectionist". Oh, please! Makin lama kenal dia, makin banyak kekurangan sebenarnya yg aku nampak. Biasa la bila dah tak berapa nak berkenan kan. Nampak perangai yg tak elok jelah. Perangai yg elok tu pandang sebelah mata je...hahaha >_<
 
Dia pun dah kahwin sekarang. Dah ada anak pun. Moga-moga la dia berubah. Jangan la dengan suami pun dia nak bersikap macam tu. Bosan weh!
 
 
p/s : dah Dylla...toksah dok cakap pasal perangai orang sangat la..kau tu macam best je..huhu ^_^
 
 

 
 
Photobucket
Post a Comment