They're My Best Buddies

Friday, 10 August 2012

Tak Faham Ke Buat-Buat Tak Faham

Assalammualaikum W.B.T

Pernah tak korang menghadapi situasi di mana korang dah berhabis-habisan menjelaskan tentang sesuatu perkara terhadap seseorang, tetapi perkara itu berulang lagi dan yg mengulanginya adalah orang yg sama yg penah korang jelaskan kepadanya sebelum ini....?

Haa..amekaw!! Satu ayat yg sangat panjang sebagai intro entri aku malam ni. Kes buat-buat tak faham atau dalam bahasa yg lebih mudah - TAK FAHAM BAHASA. Mesti ada di antara kita yg melalui situasi macam ni, kan...? Apa perasaan korang jika situasi ni berlaku dalam hidup korang...? Rasa bosan? Menyampah? Malas nak fikir? Atau buat tak tahu?

Kes tak faham bahasa ni sebenarnya amatlah menjengkelkan bagi diri aku. Aku tak pasti orang lain rasa macam mana la. Tapi, kalau setiap kali perkara tu berlaku, dan setiap kali itu juga aku perlu jelaskan...memang akan menimbulkan satu rasa tegang dalam diri. Stress! Memang tak susah nak explain. Explain jelah. Tapi, kalau orang tu jenis yg tak faham-faham walau macam mana sekalipun kita explain pada dia...ada tak rasa nak hantuk kepala dia kat dinding...?

Baru-baru ni berlaku dalam hidup aku sendiri. Ambil contoh diri sendiri je. Senang. Kang bagi contoh orang lain kang - benda tu tak berlaku pun - dah jadi fitnah tu....hahaha  >_< Okay...cerita tentang seseorang yg aku gelarkan sebagai A je. Si A ni tahu sangat tentang hubungan aku dengan sang bf. Aku pernah menceritakan sendiri tentang hubungan kami yg dah sampai ke tahap merancang untuk pergi ke level yg lebih jauh. Tapi, dalam diam...si A ni menaruh hati pula kat aku ** err..maafkan saya kalau ada unsur-unsur perasan di situ ** Tapi, itulah hakikatnya. Si A ni memang berani mati nak men"try" aku walaupun dia tahu aku dah ada bf.

Betul. Baru bf. Belum jadi suami lagi. Tapi, kalau kita dah tahu orang tu dah berpunya, kenapa kita nak kejar orang tu juga? Macam dah takde orang lain ke dalam dunia ni? Aku rasa, nisbah wanita memang sangat melebihi lelaki, kan? Jadi, apa masalahnya...? Aku sangat yakin, ada ramai lagi perempuan yg jauh lebih baik dari aku kat luar sana. Kenapa aku...?

Hmm, pernah beberapa kali aku jelaskan pada dia tentang perkara ni. Tapi, tak faham-faham! Sampai la baru-baru ni, dia meluahkan rasa hati. Amboi, kau ni memang saja nak buat musuh dengan aku ke A...? Untuk pengetahuan korang, Si A ni memang pernah rapat dengan aku dulu. Aku memang deal kerja dengan dia. Jadi, kerap la berjumpa. Terus rapat. Tapi, itu sebelum aku perasan yg dia lain macam. Lepas aku rasa dia macam "syok" kat aku, pelan-pelan aku jauhkan diri. Bukan sebab aku takut jadi apa-apa pada hubungan aku dengan sang bf. Tapi, aku takut aku TERkecewakan si A tanpa niat.

Jadi, macam mana cara terbaik aku nak jelaskan pada si A supaya dia tak berharap pada aku...? Aku dah cakap dengan cara yg tersangat la baiknya. Tapi masih tak faham. Cara apa lagi yg patut aku gunakan supaya dia boleh faham dengan sefaham-fahamnya...? Tolong aku wehhh!!!


p/s : pening bila dia ajak buka puasa berdua next week...dah tolak, but he keep asking - dengan harapan aku menukar fikiran...arghhhh!





Photobucket
Post a Comment