They're My Best Buddies

Monday, 6 August 2012

Program Bubur Lambuk di Kampung Baru

Assalammualaikum W.B.T

Well, aku sebenarnya tak tahu apa nama program ni. Yg pasti program tu melibatkan beberapa orang-orang masjid Kampung Baru dan kami, staff di UniRazak ni. Aku tadi sampai agak lewat juga. Bertolak dari kampung lepas sahur pagi tadi. Sangkut jem pula tadi. Bila aku sampai di kawasan masjid tu, semua orang tengah sibuk-sibuk mengacau bubur. Ada 15 periuk besar kesemuanya. Wow...banyaknya!




Aku tadi pun sampai tak tahu nak buat apa. Hanya mampu melihat orang-orang lain yg sibuk bekerja. Biasa la aku...suka sangat jadi mandur tak bertauliah ^_^ Tapi, masa packaging part tadi aku ada la juga menyibukkan diri. Dengan cuaca yg sangat baik dan panas hari ini, memang berpeluh-peluh la kami.




Apapun, semuanya berjalan lancar. Hampir jam 12 tengahari, kami dah boleh ambil bubuk lambuk untuk dibawa balik. Setiap staff dibekalkan dengan 2 bekas. Dan ada bahagian untuk orang-orang masjid yg sudi bekerjasama, bahagian untuk orang-orang Kampung Baru dan bahagian untuk anak-anak yatim. Aku memang tak lepaskan peluang untuk bawa balik sebab pernah cuba sekali rasa bubur lambuk tu dan terus jatuh cinta...hahaha

Dan part yg paling best, bila aku dapat peluang balik awal hari ni. Hee...suka >_<



Photobucket
Post a Comment