They're My Best Buddies

Tuesday, 14 August 2012

Kenangan Berpuasa Di Rumah Bujang Part 2

Assalammualaikum W.B.T

Sambungan entri Part 1.

Pasti ramai antara kita yg punya kenangan tersendiri ketika berpuasa di rumah bujang kan...? Bagi diri aku sendiri, memang banyak kenangan sebenarnya. Yg paling aku tak boleh lupakan ialah kenangan ketika berpuasa di Shah Alam.

Masa tu aku menetap di Seksyen 7. Ramainya student UiTM yg tinggal kat kawasan tu. Dan housemate pula salah seorang daripada mereka. Aku...?? Dah bergelar pekerja dah masa tu >_<

Ada sehari tu, balik dari kerja aku terus singgah di bazar Ramadhan. Memandangkan masa tu zaman aku ber"skuter", jadi aku pun sesuka hati jelah park skuter comel aku tu kat tepi-tepi jalan je. By the way...ada banyak lagi la motor-motor lain kat situ. Bukan skuter aku semata-mata la.


Camni la rupabentuk skuter comel aku tu
Kaler merah camni juga la dia >_<

Aku pun dengan ayunya, berjalan la menuju ke bazar sambil memikirkan menu yg patut aku beli. Selalunya aku cari nasi je. Maklumlah, aku ni kalau sehari tak makan nasi memang turun la berat badan ni jawabnya. Lepas dah dapat apa yg aku nak makan, terus la cari balik skuter comel aku tu. Tangan dah seluk poket. Mana pula kunci skuter ni...??? Seluk punya seluk...takde la weh!!! Ah, sudah! Memang cari penyakit. Aku terfikir mungkin tercicir kat bazar.

Aku pun segera la berpatah balik. Sopan je jalan menunduk tau. Padahal nak mencari kunci yg disangkakan tercicir di situ. Tapi, lepas 2 round aku tawaf bazar tu...menyerah kalah la aku. Confirm takde. Duduk termenung kejap tepi skuter tu. Kat mana pula kunci tu hilang...? Fikir punya fikir punya fikir...oh, aku dah terkunci sekali dengan helmet aku kat bawah seat! Alamak!!!

Adoi..memang betul-betul bala ni. Masa tu jam dah pukul 7.00 malam. Tetiba aku nampak housemate aku lalu. Menonong je dia drive. Cepat-cepat aku call dia minta tolong ambilkan kunci skuter spare aku kat dalam bilik. Nasib baik la bilik aku tak berkunci. Tapi.................

Yg si sengal kak Amy ni ** hehehe ** boleh pula dia tak faham apa yg aku cakap. Hampir 15 minit aku tunggu dia. Tak sampai-sampai. Then aku call lagi. Respon dia macam dah faham sangat. So, aku tunggu lagi. Tetiba dah azan. Weh, mana kak Amy ni??? Aku call lagi sekali, baru la dia faham yg aku minta tolong dia ambilkan kunci skuter aku tu dan bawa ke tempat aku menunggu. Ya Allah ya Rabbi...tak faham ghopenya! Jenuh!

Dah nampak dia melenggang dari jauh baru aku rasa lega. Fisrt time weh buka puasa tepi jalan sorang-sorang dan ditemani oleh sang skuter yg comel itu. Kenangan yg paling tak boleh nak dilupakan >_<


p/s : lepas kejadian tu aku sentiasa bawa kunci spare dalam beg..tak nak kena lock lagi (",)



Photobucket
Post a Comment