They're My Best Buddies

Saturday, 18 August 2012

Diari Ramadhan Dylla (2) : Day 29

Assalammualaikum W.B.T

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar...Lailahaillallahu Allahuakbar...Allahuakbar Walillah Ilhamd...!!

Okay. Takbir raya dah kedengaran di mana-mana. Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, sekali lagi kita semua masih dipanjangkan usia untuk menyambut hari kemenangan setelah hampir sebulan kita berpuasa. Bagi yg berjaya menghabiskan sebulan puasa, tahniah kerana anda berjaya melawan nafsu makan dan minum sepanjang Ramadhan kali ini. Moga-moga, nafsu yg lain tu berjaya dilawan juga la hendaknya ye >_<

Iftar terakhir untuk tahun ini bersama seluruh ahli keluarga. Semuanya berhimpun sebelum tibanya waktu berbuka puasa tadi. Bahagia terasa menatap wajah-wajah mak, ayah dan adik-beradik yg lain. Anak-anak buah aku yg berdua tu pun tak kurang juga kecohnya. Masing-masing sibuk nak bercerita tentang perihal diri sendiri. Err...nasib baik si Adam tu tak pandai bercakap lagi. Hanya bunyi-bunyi yg kami semua tak faham pun. Si Azeem jelah...letih sikit nak melayan cerita-cerita dia.

Yg pasti, lepas je waktu solat Isya' tadi, Azeem dah kalut keluarkan bunga api dan mercunnya. Lepas tu kalut juga panggil semua orang menghadap dia main bunga api. Part mercun tu je dia tak berani. Harus la dia tak berani. Kalau dia berani sekalipun, memang ayah dia tak bagi dia main pun. Kang tak pasal-pasal beraya kat spital lak.

Apapun, agak sedih sebab Ramadhan dah berakhir. Tapi, dalam masa yg sama tetap rasa bahagia sebab dapat berkumpul dengan semua ahli keluarga aku. Happy...!!


p/s : tetiba terasa sebak terkenangkan arwah atuk yg dah pergi meninggalkan kami semua...selalu time macam ni mesti atuk yg paling kalut tanya kat mak tentang menu2 yg bakal dihidangkan di pagi raya nanti =(


Photobucket
Post a Comment