They're My Best Buddies

Friday, 17 August 2012

Diari Ramadhan Dylla (2) : Day 28

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Selesai sudah puasa yg ke-28. Satu hari suntuk aku dok siapkan jahitan manik kat baju kurung kami tahun ni. Tak beria sangat pun jahitannya. Tapi sakit pinggang juga la. Untuk mak, adik bongsu dan untuk aku sendiri.

Petang tadi mak dan adik dah sibuk-sibuk lap tingkap dan pasang langsir. Aku boleh tolong tengok je. Tangan aku busy la. Asyik pegang jarum je. Even sampai sekarang ni pun masih terasa-rasa macam kena cucuk dengan jarum halus tu...huhu >_<

Yg ni mak punya - design dia pilih sendiri (",)

Yg ni adik punya - design tu dia yg design sendiri...aku jahitkan je >_<

Yg ni pula aku punya - oh, sorry la...tukang jahit punya memang selalu over sikit ^_^

Sekarang tengah layan movie lama - Harry Potter 7 Part II. Tetiba terasa nak tengok. Sebabnya...? Sebabnya baru je lepas "bertekak" dengan ayah pasal drama melayu. Ayah yg nak tengok sangat cerita tu. Tak pasal-pasal dia kutuk pengarah drama. Pelakon pun sekali kena maki. Apa kes..? Pelik pula aku dengan ayah ni. Sebab malas nak dengar dia bising-bising, aku "sound" jelah..."tak nak tengok tak payah tengok la ayah...jangan nak kutuk-kutuk orang pula. Rugi pahala puasa siang tadi..." Aku terus pergi lepas tu. Dengar la ayah membebel tak puas hati sebab aku "sound" dia..hehehe...sorry ayah...bukan nak sound sangat pun. Tapi cam bengang juga sebab ayah dah spoil kan mood kami semua nak tengok tv.

Esok Ramadhan terakhir ke...? InsyaAllah (",)



Photobucket
Post a Comment