They're My Best Buddies

Friday, 17 August 2012

Diari Ramadhan Dylla (2) : Day 27

Assalammualaikum W.B.T

Hmmm...ni la masalahnya bila dah sampai kampung. Kemalasan meng"update" entri dah tahap melampau ni. Alhamdulillah...aku dah selamat sampai kampng pun tengahari tadi. Sempat singgah workshop...servis kereta dulu. Maklum la, kereta pun nak beraya juga. Service dued time nak raya. Macam tahu-tahu je kan.

Hari ni dah 27 Ramadhan. Maksudnya dah 27 hari kita semua berpuasa. Lagi beberapa hari je lagi kita semua akan menyambut perayaan Aidilfitri. Sedih pula rasanya hati ni nak meninggalkan bulan Ramadhan. Tahun depan entah ada atau tidak peluang untuk bertemu dengan Ramadhan lagi. Moga dipanjangkan usia kita semua ya...amin.

Sampai kampung tadi, mak dan ayah tengah bersantai-santai di atas katil. Sorang kat bilik atas. Sorang kat bilik bawah. Adik bongsu aku tengah sibuk meng"online"kan diri. Aku sampai pun diorang tak sedar. Selalu tu kalau aku balik mesti diorang bentang karpet merah...amboi, melampau! Berangan lebih jelah.

Dah bawa semua barang, baru mak tersedar aku dah sampai. Lepas tu terus cakap-cakap pasal perancangannya nak mengemas rumah. Adoii la mak...sabor ye. Anakmu ini baru je sampai. Memang idak ler nak mengemas rumah time tu juga. Lepas tu mak tak bagi chance juga. Terus cakap pasal nak masak-masak untuk menu Hari Raya nanti. Hahaha...puasa ada lagi la Puan Rahimah, oii...! Kalut sungguh la mak kesayangan aku ni >_<

Berbuka puasa dengan mak dan ayah tu memang 1 anugerah terindah kan. Itu la yg aku rasa. Walaupun dengan menu yg simple, tapi nikmatnya hingga menjilat jari ^_^ Okay...aku ada masa seminggu untuk menikmati masakan mak. Jadi, jangan sia-siakan peluang tu!




Photobucket
Post a Comment