They're My Best Buddies

Tuesday, 14 August 2012

Diari Ramadhan Dylla (2) : Day 24

Assalammualaikum W.B.T

Puasa ke-24. Kat ofis dah meriah dengan lagu-lagu raya. Lampu lip-lap lip-lap pun dah digantung. Bos minta aku anyamkan ketupat untuk dihiaskan kat ofis ni. Anyam ketupat...?? Harus la aku tak tahu!! Semalam, sempat la layan youtube. Tutorial menganyam ketupat. Tapi, sampai ke sudah aku tak dapat tangkap kaedahnya. Ah, give up la! Memang dari dulu pun aku tak pandai nak menganyam ketupat ni. Teringin nak belajar. Tapi, kesabaran tu takde..hehehe >_<




Malam tadi sempat jumpa kawan aku jap. Ambil kuih raya. Banyak juga yg aku order rupanya. Dengan budak-budak ofis punya lagi. Sampai satu kotak! Disebabkan dah lama sangat aku tak jumpa dia, banyak pula topik yg kami borakkan. tujuan nak ambil kuih raya dah jadi macam reunion pula. Nasib baik berdua je ** ada yg ke-3...tapi mamat tu tukang enter-frame je..hahaha ** Kalau la semua staff tempat kerja lama tu ada malam tadi, sure lagi meriah.

So, kuih raya dah ada. Baju raya dah ada. Settle dah part aku kat sini. Selebihnya nanti tunggu kat kampung nanti. Mak ada call semalam. Tanya nak balik hari apa. Mak...mak...aku rasa ni dah kali ke-4 dia tanya. Tak sabar nak beraya ke tak sabar nak buli aku kemas rumah sebenarnya mak ni..?? Huhu (",)


Photobucket
Post a Comment