They're My Best Buddies

Monday, 13 August 2012

Diari Ramadhan Dylla (2) : Day 23

Assalammualaikum W.B.T

Semangat bercuti tu nampaknya berapi-api dalam diri...amboi!!! Nah...dah sampai kampung pun! Puas hati...huhu >_< Berbuka puasa untuk kesekian kalinya dengan mak dan ayah. Meriah sungguh rasanya walaupun hanya kami berempat je kat sini. Bila dah sesekali dapat makan masakan mak. Macam nilah jadinya. Mak masak sardin je pun dah maveles sangat rasanya :)

Hari ni dah masuk Ramadhan yg ke-23. Alhamdulillah. Persediaan nak menyambut raya tu rasanya dah siap. Tinggal nak mengemas rumah jelah nanti. Tu tak boleh buat sekarang. Nanti tak sempat sampai raya, rumah dah bersepah balik...hahaha...

Tengahari tadi mak ajak ke Tesco. Sempat la shopping barang-barang dapur. Ambil tu ambil ni...tudiaaa, dah lebih RM100...!! Mahal juga harga barang sekarang ni ek ** nampak sangat kau jarang membeli-belah barang-barang dapur kan, Dylla!! **

Dan lepas Isya' tadi, tetiba je mak minta tolong aku check kan tempat untuk dia mengundi nanti. Aku pun dengan penuh semangat meng"online"kan diri. "Mak, nombor ic mak berapa?" Mak pun dengan penuh semangatnya masuk ke bilik nak ambil beg duitnya. Dan tetiba dia keluar dengan muka separa panik, "Kakak, beg duit mak takde la...tercicir kat Tesco ke ye...?" Ah, sudah!! Jangan buat hal, mak! Beg duit kalau dah tercicir kat Tesco memang alamatnya selamat wassalam la kan. 

Cari punya cari memang confirm takde. Terpaksa la aku berharap mak cicirkan beg duit tu kat kaunter cashier. Mungkin cashier tu jumpa dan tinggalkan kat kaunter Customer Service tu. Sampai je kat Tesco tu, baru je nak keluar kereta, "eh, ni haa beg duit mak!" Rupanya terselit kat celah kerusi kereta tu. Adoii la mak! Buat panik seisi rumah je. Pastu kami masing-masing gelak jelah. Dah alang-alang sampai Tesco, aku bodek la mak belanja aku minum Cool Blog tu. Dahaga pula rasanya bila dah kalut cari beg duit yg kononnya tercicir tu...hahaha ^_^

p/s : layan drama melayu kat TV3 tadi...emosi ayah aku tengok drama tu...hahaha!!



Photobucket
Post a Comment