They're My Best Buddies

Sunday, 12 August 2012

Diari Ramadhan Dylla (2) : Day 22

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Selesai sudah puasa yg ke-22. Tinggal seminggu je lagi kita semua nak beraya. Pejam-celik dah nak habis pun bulan Ramadhan tahun ni. Sekejap betul rasanya. Mesti korang semua pun rasa macam yg aku rasa, kan?

Awal pagi aku dah bangun. Niat di hati nak ke Jalan TAR. Nak mencari baju raya untuk ayah dan adik lelaki bongsu aku tu. Tahun ni ada rezeki lebih. Boleh la sponsor sepasang baju melayu untuk adik aku. Selalu dia beli sendiri je. Agak susah juga nak mencari baju melayu ni. Nak buat macam mana. Aku sendiri yg tentukan tema warna untuk baju raya keluarga aku tahun ni. Nak tak nak kena la cari juga. Adoiii...ada la rasa menyesal pilih warna turqoise...hehehe

Suasana kat Jalan TAR..?? Ya Allah....sesak bangat!! Aku rasa sesak nafas sekejap dengan manusia yg tersangat la ramainya. Berhimpit-himpit. Lepas je dapat baju melayu tu, aku terus pergi. Tak sanggup nak cuci mata walaupun ada niat nak buat macam tu.

Dan malamnya, aku ke uptown Danau Kota pula. Saja menggatal ikut budak-budak ofis tu. Nak cari t-shirt kata diorang. Tapi kat situ pun punya la ramainya manusia. Lepas dapat sehelai, kami pun give up. Masing-masing tak sanggup nak meredah lautan manusia tu. Dah terasa suasana raya ni. Tak sabar nak bercuti. Jumpa dengan dua orang anak buah aku yg comel-comel tu >_<

Nasib baik la rumah aku kat KL ni tak jauh dengan kampung. Tak payah nak fikir pasal jalan jam ke apa ke. Alhamdulillah (",)



Photobucket
Post a Comment