They're My Best Buddies

Monday, 6 August 2012

Diari Ramadhan Dylla (2) : Day 16

Assalammualaikum W.B.T

Puasa yg ke -16 bersama mak dan ayah lagi. Best! Aku balik ke kampung lepas bersahur. Sampai kampung masih awal pagi. Segarnya terasa berada di kampung dengan suasana macam tu. Mak tengah bersiap nak ke pasar pagi masa tu. Ayah pula sibuk dengan barang-barang dia dalam bilik dia tu. Kebetulan adik bongsu aku pun ada. Tapi, tak sempat nak berborak mak dah ajak ke pasar. Baik mak...akak ikutkan je >_<

Aku agak pelik bila ada makcik-pakcik yg menjual makanan dan minuman pagi-pagi macam tu. Perghhh...memang teruji la. Nampak sedap pula air jambu batu tu...hahaha.

Since takde apa yg menarik kat pasar pagi tu, kami pun balik awal la. Mak pun tak merancang untuk masak petang nanti. Jadi takde la dia nak membeli makanan basah macam biasa. Kalau tak pening juga aku. Dengan nak cari ayamnya, ikannya, dagingnya...segala macam makanan basah la pendek kata. 

Dan perkara paling nikmat yg berlaku dalam hidup ialah apabila kita dapat tidur siang di bulan puasa dengan ditemani oleh emak tersayang...hehehe ^_^ Dok berborak dengan mak, terus terlelap. Ngantuk sangat aku masa tu. Nasib baik masa tu aku dah solat Zuhur. Kalau tak, memang terbabas la. Hampir waktu Asar baru aku tersedar. Gile lama aku terlelap. Mak pula takde la terasa nak kejutkan aku. Adoiii!

Petangnya, kami keluar lagi sekali. Kali ni ke bazar Ramadhan pula. Ramai juga peniaga-peniaga juadah berbuka puasa kat kampung aku ni. Macam-macam menu ada. Ayah aku teringin nak makan nasi dagang pula. Nasib baik ada orang jual. Mak hanya memilih mee bandung sebagai menu buka puasanya. Aku...?? Laksa dan kebab roti pita je. Tu pun dah sangat mengenyangkan. Alhamdulillah.

Terasa malas nak balik ke KL bila dah spend 1 hari dengan mak dan ayah. Tapi, apakan daya. Tanggungjawab terhadap kerja tak boleh la diabaikan. Aku kan pekerja yg berdedikasi..hoho :p




Photobucket
Post a Comment