They're My Best Buddies

Sunday, 5 August 2012

Diari Ramadhan Dylla (2) : Day 15

Assalammualaikum W.B.T

Setelah hampir seharian tidak mengupdate sebarang entri atas sebab-sebab kesibukan yg melampau, baru sekarang ni ada masa nak menaip sesuatu untuk dikongsikan. Semalam, Ramadhan ke-15. Alhamdulillah. Aku masih lagi berpeluang untuk berpuasa...yeay!!

Semalam, aku berbuka puasa di Nuri Seafood yg terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Punya la sesak nak sampai sana. Tapi, alhamdulillah...perjalanan dipermudahkan juga akhirnya. Kami sampai hampir jam 7.15 minit malam. Dan sempat pula meninjau-ninjau di bazar Ramadhan mencari juadah tambahan. 


Credit to Roslina for the picture >_<

Makanan kat situ not bad la. Tapi, aku sedikit kecewa dengan hidangan ikan siakap 3 rasa tu. Aku rasa, sebelum ni makan di tempat lain dengan menu yg sama, tak pernah lagi ikan siakap tu digoreng dan disira je dengan sos 3 rasa tu. Entah la. Mungkin style diorang memang macam tu kot. Apapun, alhamdulillah sebab semua hidangan dapat dihabiskan . Takde la membazir kan.

Lepas je selesai solat Maghrib dan Isya', aku terus bergerak ke Shah Alam pula. Saja nak jumpa kawan-kawan lama. Dah lama juga tak jumpa diorang. Plan asalnya nak lepak kat Big Food TTDI Jaya. Tapi, sebab timing lari....terus tukar plan ke Al-Rafi Bistro Seksyen 13. Sekali mamak daa!


Credit to encik Seman de Alfonso for the picture (",)

Tak kisah la. Nak melepak je pun. Borak-borak. Tentang kerja baru. Dan tentang kenangan bekerja di Mudajaya dulu. Penuh dengan gelak ketawa. Mereka inilah yg sering menghiburkan hati di saat semuanya tertekan dengan kerja masing-masing...chewah!! Apapun, diorang memang best. Sporting sangat. Walaupun dah tak sama majikan, hubungan tu tetap berkekalan ^_^


Nice la encik Seman..huhu >_<



Photobucket
Post a Comment