They're My Best Buddies

Friday, 3 August 2012

Diari Ramadhan Dylla (2) : Day 13

Assalammualaikum W.B.T

Puasa hari yg ke-13.
Penat.
Letih.
Tak bermaya.
 

Pre-Iftar >_<
 
Apapun...bersyukur sangat sebab dapat habiskan puasa untuk hari ini >_<
Tadi, Iftar di UniRazak bersama dengan kumpulan anak-anak yatim dari ASDAF.
Sempat jamah seketul kuih dan nasi beserta beberapa jenis lauk.
Eh...lupa, sempat juga merasa sesuap dua bubur lambuk Kampung Baru...sedap (",)
Tadi teringin nak makan Laksa Johor tu.
Tapi...perut tak mengizinkan...kenyang makan nasi!
Esok la baru aku buat entri khas tentang Iftar tadi.


Sebahagian daripada kumpulan anak-anak yatim ASDAF

Bacaan al-Quran oleh salah seorang pelajar UniRazak sebelum majlis berbuka puasa

Comel kan adik ni...polos gile muka dia

Majlis penyampaian cenderahati dan duit raya oleh Prof. Dato' Md Zabid

Bila tengok muka anak-anak yatim tu...ada satu perasaan yg tak dapat nak digambarkan.
Sedih...? Sayu...? Pilu...?
Benar-benarkah mereka gembira bila mereka tertawa...?
Uish...tak dapat nak bayangkan.
Bak kata kakak kat ofis ni...
"Bila tanya apa impian Raya diorang, mesti ada yg jawab...nak jumpa mak ayah..."
Haa...mampu ke kita nak tunaikan impian tu...?
Memang tak mampu kan...?
Sebab tulah aku cakap ada satu perasaan yg tak dapat nak digambarkan.
Ya Allah, bersyukurnya aku kerana dilahirkan di dalam keluarga yg sempurna.
Ada mak, ayah dan adik-beradik yg lain.


Err...mesti nak kena tempek gambar yg ada muka aku juga kan (",)

Acara feveret - makan!!

Antara staff di UniRazak yg hadir malam tu

Program tu habis lepas Solat Tarawih.
Tapi aku tak dapat nak join.
Balik rumah lebih kurang pukul 10.00 malam.
Sempat singgah Jalan TAR kejap.
Akhirnya...dapat juga beli baju raya ^_^
Tak mahal mana pun.
But nice la...nanti nak tambah manik-manik sikit.

Okay.
Mengantuk.
Nak tidur dah.
Gudnite..!!!


** edited **
 


Photobucket
Post a Comment