They're My Best Buddies

Thursday, 2 August 2012

Diari Ramadhan Dylla (2) : Day 12

Assalammualaikum W.B.T

Selamat bersahur semua!! Adoii..terlambat pula buat entri ni. Malam tadi tak berapa sihat. Tetiba je rasa macam nak demam. Sejuk menggigil. Lepas je solat Isya' terus tidur. Dan tersedar pukul 4.30 minit pagi tadi. Uish...lama gile aku tidur! Ni kalau tak fresh juga tak tahu nak cakap la kan.

Alhamdulillah, selesai sudah 12 Ramadhan. Dah masuk 13 Ramadhan pun. Dah hampir setengah bulan kita semua berpuasa. Kejap je rasanya. Mesti ramai yg dah shopping baju raya, kuih raya, langsir raya, cadar raya dan semua-semuanya pasal raya la...kan? Hmm, bagus la. Aku juga yg belum settle lagi. 

Tahun ni terpilih tema yg susah pula nak cari. Ada yg aku berkenan, tapi tak sesuai pula untuk mak dan adik bongsu aku tu. Ada yg sesuai untuk mak, tapi tak masuk pula dengan aku. Ada yg adik bongsu aku suka, tapi mak cakap cari yg simple je. Haa...macam mana tu...?? Aku rasa dah berapa kali dah aku pergi survey baju-baju raya kat Jalan TAR tu. Banyak sebenarnya pilihan yg ada. Tapi, aku rasa aku ni dah jadi kes rambang mata la. Semua yg aku berkenan tu cantik-cantik belaka. Tapi, apakan daya...memikirkan aku ni jenis yg suka jahit baju sendiri, jadi bila nak beli baju siap dengan harga beratus ringgit tu...memang aku rasa membazir sangat la. Walaupun raya setahun sekali, tapi....aku bukan suka sangat pakai baju kurung. So, tak payah la beli yg mewah-mewah sangat. Beli ikut kemampuan je...huu >_<

Okay la. Dah nak masuk waktu imsak ni. Aku nak standby untuk solat Subuh pula. See you in next entry...!!


Photobucket
Post a Comment