They're My Best Buddies

Tuesday, 7 August 2012

Akibat Dah Lama Tak Menulis

Assalammualaikum W.B.T

Memula sekali nak minta maaf pada penerima kad raya aku. Sori banyak-banyak sebab dah ter"delay" hantar kad tu. Banyak pula hal yg jadi hujung minggu lepas. Apapun, kad raya korang dah selamat ditulis. Tunggu masa nak pergi pos je :)

Nak cerita perihal menulis kad raya. Daripada dulu lagi, aku memang ada masalah nak menulis kad raya. Tak tahu nak tulis macam mana. Tak tahu nak tulis apa. Selalunya, kad raya aku tu sama je isi kandungannya, tak kira la siapa pun yg bakal menerimanya...hahaha. Gile pemalas malas nak fikir! Bukannya malas sangat, cuma memang tak tahu nak tulis apa >_<

Okay. Kad raya korang tu memang secara jujurnya ditulis awal pagi tadi. Punyalah dah lama tak menulis ** kat office ni kalau ada tulis-tulis bukan benda major la ** menggigil tangan aku pegang pen. Lenguh bukan main lagi lepas dah siap tulis 1 kad. Tu baru 1 kad. Ada beberapa kad lagi sedang menunggu giliran. Terlintas juga nak print out je dari komputer ni. kan senang. Tak payah nak lenguh-lenguh tangan dah. Tapi, bila fikir balik, tak original la kalau tak tulis dengan tangan sendiri kan. Adoiii...minta ampun ye kawan-kawan...tulisan aku memang huduh!

p/s : tulah pasalnya kalau dah asyik menaip je...pegang pen pun pengkor!


Photobucket
Post a Comment