They're My Best Buddies

Friday, 20 July 2012

Transformasi Diriku - Bukan Nak Tunjuk Pandai

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Esok kita semua akan mula berpuasa. Pasti semuanya dah bersedia untuk memulakan puasa, kan? Alhamdulillah...bagus...bagus. Bagi yg ada cita-cita nak kuruskan badan, mungkin inilah masa yg sesuai untuk korang. Tapi, kena la kawal pemakanan masa berbuka puasa tu. Kalau berbuka makan untuk cover balik breakfast and lunch, memang takde makna la korang boleh turunkan berat badan. Apapun, yg penting niat berpuasa tu mestilah kerana Allah. Jangan kerana nak kurus pula ye >_<

Okay, topik kali ni takde kaitan dengan puasa pun sebenarnya. Tapi, dah terpanjang pula intro aku tentang puasa. Takpe. Abaikan. Aku nak cerita tentang transformasi diri - menegur yg lain selepas diri sendiri berubah. Apa pendapat korang...?

Pada aku, bagus sangat la tu. Bila kita dah mula berubah ke arah kebaikan, tentu dalam diri kita ada ilmu-ilmu baru yg kita pelajari, kan? Jadi, bila dah ada ilmu tu, jangan la kedekut sangat. Apa salahnya berkongsi dengan yg lain. Tambahan pula ilmu tu melibatkan agama Islam.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "sampaikan pesanku walau cuma satu ayat."

Nampak tak...? Walau satu ayat je tentang ilmu yg kita tahu, kita harus sampaikan. Inikan pula kalau kita tahu berayat-ayat. Jadi, jangan la kita hentam orang-orang yg nak berubah jadi baik ni bila mereka cuba menegur kita.

"Eleh...baru pakai tudung dah nak tunjuk alim!"

Tu salah satu contoh hentaman yg sangat femes la aku rasa. Sebab aku pun pernah kena masa mula-mula aku pakai tudung dulu. Alah bisa tegal biasa. Tak ambil hati pun. Bagi aku, orang yg bercakap macam tu, dia tak pakai akal. Dia cakap ikut hati. So, biarkan je. Harapannya, lama-lama nanti dia sedar la (",)

Sebenarnya, secara peribadi la, aku tak pernah rasa nak tunjuk pandai pun lepas melalui tempoh transformasi ni. Bila aku dah mula berubah, sedikit demi sedikit, banyak benda buruk yg aku dah tinggalkan. Jadi, bila aku nampak ada orang yg melakukan keburukan tu, salah ke aku menegur..? Perlu ke sampai nak hentam macam tu..? Niat di hati tu cuma tak nak melihat orang lain melakukan perkara buruk seperti yg pernah aku lakukan dahulu. Salah ke...?

Ambil la yg positif. Jangan terlalu memikirkan tentang perkara yg dah berlalu. Past is past. Semua orang pernah buat silap. Kita bukan maksum seperti nabi-nabi kita. Jadi, jangan la cepat sangat menghukum orang-orang yg nak berubah ke arah kebaikan ni.

Sepatutnya kita dekatkan diri kita dengan dia. Beri sokongan agar dia terus kekal di landasan yg benar. Kerana orang-orang yg berubah ke arah kebaikan ni telah menemui hidayah Allah S.W.T yg mereka cari. Mencari hidayah itu bukan perkara mudah. Hanya dengan keyakinan yg tinggi terhadap Allah S.W.T saja yg boleh membantu kita menemuinya. Wallahu'alam.




SELAMAT BERPUASA SEMUA...!!!


Photobucket
Post a Comment