They're My Best Buddies

Tuesday, 24 July 2012

Takut Tinggalkan Yg Sunat Tapi Yg Wajib Dilupakan

Assalammualaikum W.B.T

Sebagai umat Islam, pasti kita semua tahu apa perkara wajib dan perkara sunat di dalam kehidupan kita. Yg wajib itu pastilah sesuatu yg mesti kita lakukan tanpa ada sebarang alasan untuk meninggalkannya. Dan yg sunat itu pula sangat digalakkan untuk kita buat. Boleh la tambah sikit mana-mana pahala yg terkurang tu.

Bercakap tentang perkara wajib dan perkara sunat, sangat meluas kan...? Jadi, aku kecilkan sikit scope nya. Sempena bulan Ramadhan yg mulia ni, aku hanya nak kongsikan tentang ibadah Solat Sunat Tarawih. Haa...bercakap pasal Solat Sunat Tarawih ni, mesti ramai yg tersenyum. Mesti ramai yg ada kenangan manis dan pahit ketika menunaikan Solat Sunat Tarawih ni, kan?

Okay. Tutup dulu cerita tentang kenangan tu. Sekarang nak cerita tentang ibadah yg hanya berlaku di dalam bulan Ramadhan ini saja. Pasti ramai antara kita yg tak mahu melepaskan peluang untuk menunaikan Solat Sunat Tarawih ni, kan? Yelah, peluang ni hanya datang sebulan je dalam setahun. Rugilah kalau kita sia-siakan. Aku pun tak terkecuali untuk berperasaan macam tu.

Tapi, pernah ke kita terfikir, kita sibuk-sibuk mengejar Solat Sunat Tarawih, tapi solat-solat yg wajib kita tunaikan...kita tak pernah peduli pun..? Kita bersungguh-sungguh dan berazam untuk menunaikan Solat Sunat Tarawih penuh sebulan, tapi solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya' kita jadi tunggang-langgang. 

Tak boleh la macam tu. Yg sunat tu memanglah digalakkan. Tapi, yg wajib tu kita tak boleh lupakan. Perkara pertama yg akan dihisab ketika 'di sana' nanti adalah SOLAT. Dan kita kena faham, solat yg dihisab itu adalah solat yg diwajibkan ke atas setiap umat Islam yg sudah akil baligh. Solat 5 waktu seperti yg tersenarai di dalam Rukun Islam. Jadi, solat-solat itulah yg akan ditanya kelak. Bukannya Solat Sunat Tarawih ke, Solat Sunat Taubat ke atau Solat Sunat Tahajjud ke. Tapi, solat-solat sunat ni memang digalakkan untuk ditunaikan sebagai ibadah tambahan yg boleh melengkapi kekurangan ibadah wajib kita. Aku ulang balik...melengkapi..bukan menutupi. Jadi, kalau solat yg wajib tu kita tinggalkan, qada' la ia semula. Yg dah 'berlubang' itu tak boleh ditutupi dengan apa jua ibadah melainkan dengan menggantinya semula.

InsyaAllah, semoga amalan kita semua akan diterima dan diberkati oleh Allah S.W.T. Rebutlah peluang untuk menambah pahala di bulan yg mulia ini. Janganlah pula kita mensia-siakan peluang itu dan lebih teruk lagi menambah dosa pula. Wallahu'alam.


p/s : Jom kita Solat!!


Photobucket
Post a Comment