They're My Best Buddies

Monday, 2 July 2012

Sabtu Di Taman Bukit Jalil

Assalammualaikum W.B.T

Sabtu yg lepas ni, aku memenuhi jemputan ke majlis hari jadi anak kawan baik aku di kawasan Kajang tu. Nasib baik malam sebelum tu sempat mencari hadiah untuk si kecik tu. Perjalanan ke sana tak la jauh mana, tapi kekeliruan mencari jalan tu buat kami berpusing-pusing di tempat yg sama hampir 3 kali. Hahaha...takpe la..orang kata kalau tak sesat jalan tak belajar, kan...?


Birthday Girl yg monchonggg masa kena suap kek (",)

Sampai Kajang, kami berehat-rehat dulu sebelum mengisi perut dengan menu-menu yg disediakan. Lagipun, sebelum sampai Kajang tu, kami sempat isi perut dulu di Marrybrown South City Plaza. Tapi, dalam rasa nak berehat tu, aku terhidu bau laksa pula! Terus tak jadi berehat-rehat **hantu laksa katakan!** Hmm..banyak juga menu yg disediakan sebenarnya. Rambang mata juga. Tapi, kena kontrol nafsu. Kalau tak memang membusung la aku jawabnya!


Sempat bergambar dengan patung tu sebelum ia jadi hak milik kekal si budak monchonggg

Balik dari majlis tu, kawan yg ikut sekali tu mengajak ke Taman Bukit Jalil pula. Saja nak cuci-cuci mata katanya. Yelah, cuci mata la sangat kan. By the way...aku pun tak pernah sampai lagi taman tu. So, perasaan teruja tu ada la juga.


Sang Kura-Kura yg dimaksudkan

Kami sampai sana pun dah lewat petang. Sempat la melawat sang kura-kura yg banyak menghuni di tasik kat taman tu. Tengah asyik melayan kerenah kura-kura tu, tiba-tiba datang pula samseng menunjuk muka. Err...samseng yg aku maksudkan ialah sekumpulan monyet-monyet liar. Monyet ke beruk ntah. Aku rasa monyet. Ekornya panjang je.


I'm on candid camera!!

Lepas tu, kami pusing-pusing la sekitar taman tu. Ambil angin petang. Sambil-sambil bercerita tentang kenangan di zaman persekolahan dulu. Masa lalu dekat kawasan playground tu, aku macam teringin gile nak naik gelongsor tu. Tak tahu kenapa tiba-tiba je berperasaan macam tu. Waktu kecil dulu, playground yg ada tak la secanggih sekarang kot. Papan gelongsor tu memang papan la. Kalau papan dia dah tak licin lagi, memang ada masalah la kat bontot...hehehe


Masa ni dah mula terasa nak naik gelongsor ^_^

Peluang untuk menaiki gelongsor tu tercapai bila semua kanak-kanak yg main kat situ sebelumnya dah diajak balik oleh ibubapa diorang. Tinggal kami je. Aku pun apa lagi...takkan nak lepaskan peluang, kan? Bukan selalu berpeluang macam tu ^_^


Finally!!!!

Balik dari taman tu, aku rasa puas hati sangat. Senyum je. Sempat pula kami singgah di The Mines untuk menonton wayang. Asalnya nak tengok Madagascar 3. Tapi sebab lewat sangat waktu tayangannya, kami terus je beli tiket untuk menonton Mael Lambong. Not bad la. Gelak besar juga aku dalam panggung tu.

And finally, bila sampai rumah, aku flat terus. Letih badan. Apa pun, aktiviti hari Sabtu yg lepas memang best la. Macam nak repeat balik je (",)


p/s : nak cari playground yg ada buaian pula...hoho :p



Photobucket
Post a Comment