They're My Best Buddies

Tuesday, 10 July 2012

Perlu Ke Nak Menyindir

Assalammualaikum W.B.T

Pagi-pagi nak cakap topik menyindir. Apa kes..?? Hee..sebab ada kes la aku nak cerita ni. Sebenarnya, kalau ikutkan tahap umur aku, kes macam ni memang small the matter je. Tapi, sebab dah kena tempias-tempias sikit, jadi aku terasa la nak berkongsi dengan korang semua.

Al-kisahnya, bila ada orang yg tak puas hati dengan kita atau rasa sakit hati dengan kita atau tak boleh tengok kita lebih sikit daripada dia, mesti akan keluar kata-kata sindiran atau cacian dari mulut dia kan...? Begitulah yg selalunya berlaku. Dan begitulah yg berlaku kat aku 2-3 menjak ni.

By the way...aku tak ambil hati pun. Sebab, kata-kata tu tak ditujukan secara langsung kat aku. Cuma bila kawan-kawan di sekeliling yg terkena, dan aku rapat pula dengan diorang....sedikit sebanyak aku terasa la juga kan. Tapi, perlu ke nak menyindir...?

Kawan-kawan, kalau ada rasa tak puas hati ke apa ke, apa salahnya kita berdepan dan cakap elok-elok. Tak baik la menyindir orang macam ni. Tulis semua rasa tak puas hati dalam FB. Semua orang boleh baca kot. Status-status dalam FB yg kita update hari-hari tu sebenarnya menunjukkan diri kita. Malu la sikit bila orang beranggapan tak elok tentang diri kita hanya melalui penulisan kita. Tak perlu kot nak buka pekung di dada.

Apapun, muhasabah diri la. Kalau kita terasa orang tu yg bersalah, tegurlah dia secara berhemah. Kalau kita rasa kita yg salah ** posibility untuk mengakui kesilapan diri itu agak mustahil la kan ** tak perlu nak malukan orang lain dengan berkata yg bukan-bukan.

Memang betul, jaga hati sendiri dulu sebelum jaga hati orang lain. Tapi, Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "Tiada kebaikan bagi orang yg berpuasa di siang hari dan solat di tengah malam jika dia menyakiti hati jirannya dan tempat selayak baginya adalah neraka jahanam." Konsep jiran tu adalah kawan-kawan di sekeliling la kan. Jadi, jaga hati sendiri dan dalam masa yg sama cuba elakkan daripada menyakiti hati orang lain. Wallahu'alam.


p/s : tak suka sebenarnya nak menghadap manusia yg suka menyindir ni, tapi malas nak ambil pusing


Photobucket
Post a Comment