They're My Best Buddies

Tuesday, 10 July 2012

Minta Tolong Ke Bagi Arahan...??

Assalammualaikum W.B.T

Sempat update blog sebelum masuk tidur kejap lagi. Ye...malam ni nak tidur awal. Mood macam tak berapa nak bagus. So, tak boleh tulis panjang-panjang. Kang mengarut je yg lebihnya. Okay...back to the topic...minta tolong ke bagi arahan...??

Contoh la ye :

A : Kau buat semua ni dan siapkan pagi esok. Aku nak tunjuk kat bos...

B : Eh, ni kan kerja kau...?

A : Yelah, tapi aku ada banyak kerja lain ni. Kau tolong jelah buat..

B : (dalam hati) minta tolong macam bagi arahan...mengalahkan bos!!

Mengikut kefahaman aku, situasi kat atas tu langsung tak bunyi macam minta tolong. Perkataan tolong tu wujud hanyalah untuk menutup mulut pihak yg diberi arahan semata-mata. Tak boleh ke kita meminta tolong dengan ikhlas..? Tak boleh ke ucapan "tolong" itu mendahului kata-kata...? Tak boleh ke kita tidak berlagak macam bos...? 

Memberi arahan dan meminta tolong adalah dua input yg berbeza walaupun output nya sama. Benar, hidup ini ada banyak arahan yg harus dipatuhi. Tapi, kalau bos kita sendiri pun tak beri arahan sesuka hati, jangan la kita nak berlagak melebihi bos pula. Takde orang yg selesa dengan sikap sebegini.

Minta la tolong dengan cara yg baik. Bukan menjadikan orang yg diminta tolong itu seperti kuli. Fikir dulu di mana kita berpijak sebelum kita memijak kepala orang lain.


p/s : aku rasa entri ni pun macam mengarut je..hmm, abaikan jelah!



Photobucket
Post a Comment