They're My Best Buddies

Wednesday, 11 July 2012

Lepas Gian Main Layang-Layang

Assalammualaikum W.B.T

Ahad lepas, aku sempat meluangkan masa pergi ke Taman Layang-Layang yg terletak di Kepong, kalau tak silap aku la. Punya la lama mengidam nak main layang-layang ni. Saja nak mengimbau kenangan main layang-layang dengan adik beradik aku satu ketika dulu.

Dulu, nak main layang-layang kena buat sendiri. Ayah akan belikan tali dia je. Layang-layang tu pandai-pandai la nak buat macam mana. Mula-mula, ayah akan ajar la caranya. Then, bila dah pandai, kami 4 beradik ** masa tu adik yg bongsu belum ada lagi ** mula la menggunakan segala imaginasi yg ada untuk menghasilkan layang-layang tercantik dan terkreatif. Selalunya mestilah aku yg menang. Imaginasi tinggi aku ni..hehehe

Ayah ajar pakai buluh yg diraut dan kertas suratkhabar. Kami..?? Bantai guna penyapu lidi mak and plastik-plastik terpakai. Gile kreatif! Tak boleh lupa pada mak aku yg mengamuk sakan sebab kami habiskan penyapu lidi dia..ampun mak, kami tak buat lagi..huhu ^_^

Okay...back to the topic, aku sampai di Taman layang-Layang tu hampir pukul 5 petang. Ditemani oleh seorang budak ofis. Thanks ye dik Wan..lainkali boleh pergi lagi (",)

Masa tu, orang memang dah ramai. Tapi, kami bernasib baik sebab dapat parking di dalam kawasan taman. Takde la jauh sangat nak berjalan ke padang tempat orang bermain layang-layang tu kan. Episod memilih layang-layang pun kelakar juga. Dari 1 tempat ke 1 tempat kami berjalan. Serupa je design nya. Memang banyak design yg cantik-cantik. Tapi, masa tu aku rasa layang-layang yg pernah ayah buat dulu lagi cantik...hahahaha

Akhirnya, aku memilih corak Spongebob. Adoiii...childish!! Itu pula yg aku berkenan. Sambar jelah. RM5 je pun. Harga termasuk tali sekali. Lepas tu, memang tak tunggu lama dah. Terus join mereka yg dah sedia ada di padang. Angin petang tu boleh tahan la. Tak susah sangat nak naikkan layang-layang tu. Tapi, rasa tak puas hati sikit sebab tali tu pendek je. Tak boleh naik tinggi Spongebob ku itu..huh!

Tak nak cerita panjang-panjang, enjoy the pictures!!


Inilah rupa layang-layang aku...spongebob di udara...yeay!!




Haa..nampak tak betapa tak sabarnya aku nak mengembalikan kenangan kanak-kanak dulu..??
Beg pun tak menyempat nak letak bawah ^_^



Aku memang ralit tengok pakcik seorang ni
Gigih dia naikkan layang-layang Helang dia tu
Tapi.....Spongebob aku naik lagi tinggi rasanya..huhu :p



Antara kumpulan family yg ada petang tu



Gigih uncle ni leraikan tali layang-layang yg dah bersilang antara satu sama lain
Biasa la...main beramai-ramai macam tu la kan



Ceria kanak-kanak ni main belon buih
Tak peduli langsung dengan orang lain yg sibuk main layang-layang



Adik ni rasanya sibuk mengejar layang-layang
Agaknya dia fikir dia boleh naik sekali dengan layang-layang tu kot (",)



Adik ni comel gila!! Pun sibuk dok kejar belon buih...



Haish, dik Wan ni...cer buat muka ikhlas sikit
Tak puas hati betul dia bila aku suruh dia "jaga" layang-layang tu



Haa...tengok!! Sampai terduduk dia main layang-layang tu...adoiii, pemalas!!



Okay...sesi menggulung tali layang-layang
Pun buat muka tak puas hati juga...hahahaha



Amboi...berselirat bukan main tali layang-layang ni
Patut la muka dia tak puas hati masa nak gulung balik tu...ngee :p



Spongebob tu boleh cover badan aku la..



"Kenapa tali dia ikat macam ni je..?? Dulu ayah ajar lain la!"



"Ikat tali macam ni pun boleh naik tinggi juga, kan? Pelik betul..."



It's time to enjoy the view..!!
Pelantar tu diorang kata selalu jadi pilihan pasangan pengantin yg nak buat outdoor photoshoot
Memang cantik view dia...setuju sangat



Cheh...macam apa je gambar ni
Model kah...???
Berangan lebih jelah kau Dylla..hahaha



Err...tak pasti apa yg aku tengok masa ni
Silau sangat gayanya



dik Wan ni kalau dapat berangan memang macam ni la gayanya
Budget model..huhu ^_^



Okay..last picture sebelum balik
Pemandangan yg sangat indah


p/s : lepas ni nak bawa anak buah aku ke situ pula..mesti dia suka (",)


Photobucket
Post a Comment