They're My Best Buddies

Sunday, 8 July 2012

Kesan Perbuatan Maksiat

Assalammualaikum W.B.T

Banyak jenis perbuatan yg boleh dikategorikan sebagai maksiat. Dan perbuatan maksiat ini memberikan kesan buruk dalam kehidupan kita jika diamalkan. Antara kesan-kesan buruk atas perbuatan maksiat ini adalah :

1. Memadamkan Cahaya Ilmu
Imam Syafi'e pernah mengadu kepada gurunya Waqi' tentang ingatannya yg lemah. Maka gurunya mengarahkannya supaya dia meninggalkan segala perbuatan maksiat. Menurut gurunya : "Ketahuilah, ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tidak dikurniakan kepada ahli maksiat."

2. Penyebab Turunnya Bala
Saidina Ali R.A berkata : "Tidak turun bala bencana kecuali disebabkan dosa. Dan tidak terangkat (bala tersebut) kecuali disebabkan taubat."

3. Jauh Dari Rahmat Allah S.W.T
Jiwa pelaku maksiat akan semakin jauh dan terasing daripada rahmat Allah S.W.T. Jika selalu bergelumang dengan maksiat, hati akan mati. Hati yg mati akan menyebabkan jiwa pelaku maksiat tidak lagi bergantung kepada Tuhannya. Malah dia juga tidak takut untuk melakukan dosa selama-lamanya...na'uzubillah.

4. Hidup Menjadi Sulit
Firman Allah S.W.T di dalam Surah At-Talaq, ayat 2 & 3 : "Sesiapa yg bertaqwa (dengan mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala yg menyusahkan) dan memberinya rezeki dari jalan yg tidak disangka-sangka."

Ingatlah, Allah S.W.T tidak pernah menjanjikan jalan keluar dan murah rezeki kepada manusia yg suka berbuat maksiat.


Photobucket
Post a Comment