They're My Best Buddies

Friday, 13 July 2012

Hidup Mesti Diteruskan

Assalammualaikum W.B.T

Seharian blog aku sepi. Bukan takde cerita yg nak dikongsikan. Tapi, kesayuan menyelubungi kami semua di UniRazak. Pemergian Allahyarham Prof.Mohd Hanif secara tiba-tiba benar-benar mengejutkan. Dia yg sedang duduk berbual dan minum di salah deBread CapSquare, tiba-tiba rebah. Dan masa tu nyawanya dah takde lagi.

Semalam, kami semua ke Klang untuk menziarahi keluarga Allahyarham dan sekaligus memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yg sangat banyak jasanya kepada universiti. Melihat wajah isterinya yg kelihatan tenang walau berjujuran airmata, menumbulkan rasa hiba dalam diri. Melihat pula wajah anak-anak Allahyarham, lagi menambahkan rasa sedih.

Aku sempat la tengok wajah Allahyarham buat kali terakhir sebelum dia dikafankan. Rasa terkejut masih ada dalam diri. Ya Allah, begitu saja Kau menjemput hamba-Mu pulang menemui-Mu. Senang saja cara pemergiannya. Moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah S.W.T selalu. Ya Allah, Kau tempatkanlah dia di kalangan hamba-Mu yg soleh. Amin.


p/s : semoga balu dan anak-anak Allahyarham terus tabah untuk meneruskan kehidupan walaupun tanpa Allahyarham di sisi...insyaAllah


Photobucket
Post a Comment