They're My Best Buddies

Wednesday, 11 July 2012

Have Some Respect Please

Assalammualaikum W.B.T

When talking about respect, I'm pretty sure all of you will think about respecting the eldest one, right...?? Menghormati tidak dikhususkan kepada orang yg lebih tua saja. Malah, orang yg lebih muda juga haruslah dihormati. Hidup saling hormat-menghormati akan mewujudkan suasana yg lebih erat dan mesra.

Sikap hormat-menghormati ini perlu bermula dari dalam diri. Hormati diri dan hak sendiri. Then, you'll respect others. No matter how much different age or level between you and them, show them some respect to have theirs.

Topik ini sebenarnya bukan saja meliputi manusia. Haiwan juga haruslah dihormati. Jangan kerana ia adalah haiwan yg tidak berakal, kita boleh berbuat sesuka hati. Hormati haiwan bukanlah seperti menghormati manusia. Hormati haiwan adalah dengan cara berbuat baik, tidak menganiaya dan menyayangi mereka seadanya. Err...aku tolak tepi kes haiwan liar ye...itu kes khas ^_^

Jadi, kesimpulannya...mula la belajar cara-cara untuk menghormati orang lain. Jangan terlalu sombong dengan apa yg kita ada. Jangan terlalu angkuh untuk mengharapkan orang lain menghormati kita sedangkan kita tidak.

Anak menghormati ibu bapa dan begitulah sebaliknya
Pekerja menghormati majikan dan begitulah sebaliknya
Lelaki menghormati wanita dan begitulah sebaliknya
Manusia menghormati haiwan dan begitulah sebaliknya
** err...aku tak pasti haiwan tahu atau tidak cara menghormati manusia..heee (",) **


p/s : respect others with sincerely


Photobucket
Post a Comment