They're My Best Buddies

Wednesday, 6 June 2012

Takut Mati Bila Tidak Solat

Assalammualaikum W.B.T

Cerita pasal mati lagi. Adoiii...topik feveret aku sejak akhir-akhir ni (",) Semalam, ibu kepada salah seorang staff UniRazak (kak Lynn) ni telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah untuk allahyarhamah. Moga rohnya ditempatkan di kalangan hamba-Nya yg solehah. Amin.

Malam tadi, aku keluar bertemu seorang rakan. Kami singgah di McDonalds, makan-makan, borak-borak bla bla bla. Agak-agak dah rasa mengantuk, kami pun balik la. Sepanjang perjalanan balik tu, banyak juga topik menarik yg dibualkan.

Sampai je di rumah, jam menunjukkan pukul 12.10 minit malam. Tengok lampu bilik housemate masih bernyala. Belum tidur lagi rupanya. Borak-borak pula dengan dia sekejap. Berbual tentang perihal kehidupan of course. Dan aku tersedar jam dah menunjukkan pukul 1.30 minit pagi..!! Okay...aku terus masuk ke dalam bilik aku. Tukar-tukar baju, kemas-kemas katil sikit, terus landing.

Lepas baca doa tidur tu, aku rasa semacam la. Pusing kanan salah, pusing kiri salah, tak pusing lagi la salah. Tiba-tiba rasa berdebar. Teringat pada arwah ibu kak Lynn. Terkebil-kebil mata aku masa tu. Lepas tu rasa takut. Tiba-tiba terdetik, "macam mana la kalau aku mati dalam tidur...?"

Dan masa terdetik tu, aku teringat yg aku belum solat Isya' lagi...!! Astaghfirullahal'azim. Terus bangun, ambil wudu' dan bersolat. Mujurlah aku sempat solat sebelum nyawa aku ditarik. Takut gile aku rasa. Nak telan air liur pun payah. Macam tersekat kat kerongkong.

Ya Allah, KAU hidupkan aku di dalam Iman, KAU matikanlah juga aku di dalam Iman. Amin


p/s : bila mengingati mati ni buat aku rasa insaf, alhamdulillah...aku ada kesedaran tu (",)




Post a Comment