They're My Best Buddies

Wednesday, 27 June 2012

Jadi Baik Untuk Yang Baik

Assalammualaikum W.B.T

Bertuah rasanya kalau kita dapat seseorang yg baik menjadi sebahagian dari hidup kita, kan? Tapi, perkara mudah ke kita nak dapatkan yg baik tu...? Mungkin mudah bagi mereka yg baik. Tapi, bagi mereka yg dirinya kurang baik...macam mana pula..?

Ada kata-kata yg menyebut, "lelaki yg baik adalah untuk wanita yg baik dan begitulah sebaliknya". Tapi, bagi kes lelaki dan wanita yg ingin berubah menjadi baik, adakah mereka layak untuk mendapat pasangan yg baik juga? Persoalan ni agak kerap muncul di fikiran aku sebenarnya.

Semalam, aku sempat menonton satu video klip yg sangat menyentuh hati. Video tentang bagaimana seorang perempuan yg masih muda menerima seorang lelaki untuk menjadi suaminya di atas pilihan keluarganya sendiri. Dan bagaimana lelaki itu sebenarnya sudah terjatuh hati terhadap perempuan itu hingga dia berusaha sepenuh hati untuk menjadikan perempuan itu sebagai isterinya, dunia dan akhirat.

Jalan ceritanya panjang, tapi aku ringkaskan jelah ye. Si perempuan itu pernah menolak lamaran si lelaki itu sebelumnya. Tetapi, si lelaki tidak pernah berputus asa. Dan kebetulan, lelaki itu adalah pilihan keluarga si perempuan. Paling aku tertarik dengan jawapan si ibu kepada anak perempuannya itu yg masih muda, mentah di dalam kehidupannya, sering bertanya :

Anak : Mak, kenapa mesti saya...? Kenapa bukan orang lain...?

Ibu : Because you are the chosen one. Allah choose you.

Dan disebabkan jawapan ibunya itulah, si perempuan ini membuat keputusan untuk melakukan Solat Sunat Istikharah, pertama kali dalam hidupnya. Alhamdulillah, Allah S.W.T menemukan jawapan yg dicari. Dia akhirnya menerima lelaki itu sebagai suaminya.

Aku juga tertarik kepada persoalan si perempuan terhadap lelaki itu, dan bagaimana lelaki itu menjawab :

Perempuan : Kenapa awak masuk meminang saya?

Lelaki : Sebab saya jatuh hati pada awak dan saya percaya awak boleh membuatkan saya untuk menjadi lelaki yg lebih baik...

Oh, so sweet!! Dan yg paling menarik tentulah bagaimana cara si lelaki itu melamar si perempuan, kan? Lamaran yg dibuat melaui video itu memang sangat menyentuh hati. Aku tiba-tiba rasa sebak bila terbaca salah satu ayat di dalam video itu : "Awak yg comel, cantik dan bergaya, disebalik kecomelan awak itu, awak seorang yg taat pada Allah, rasul dan ibubapanya, seorang yg setia pada kawan-kawannya, seorang yg kuat dan tabah, tapi pada masa yg sama awak seorang yg manja, and that's all the reason why I adore you"Sweet tak..?? Hmm...aku langsung tak kenal mereka. Tapi, cara dan perbuatan mereka telah membuat aku terfikir sesuatu. Allah S.W.T telah menunaikan janji-Nya. Tiada keraguan lagi. DIA menghadirkan seseorang yg baik untuk hamba-Nya yg baik. Dan kebaikan ini pasti akan membawa hingga ke syurga-Nya, insyaAllah.

Kalau kita mengimpikan seorang suami atau isteri yg baik, perbaikilah diri terlebih dahulu. Mana yg buruk, berubahlah untuk menjadi seseorang yg lebih baik. Dan ingatlah, setiap kebaikan itu, pasti ada ganjarannya. Itu janji Allah S.W.T pada kita semua. Sebelum kita menuntut janji itu, tunaikanlah dulu tuntutan Allah S.W.T terhadap diri kita. InsyaAllah, DIA Maha Mengetahui juga Maha Mengasihi.

Wallahu'alam.


p/s : masih ramai lagi manusia yg baik di atas muka bumi ni ^_^

Photobucket
Post a Comment