They're My Best Buddies

Tuesday, 5 June 2012

I'm Home...!!

Assalammualaikum W.B.T

Akhirnya, gigih juga aku buat entri hari ni. Bukan malas tau. Minggu lepas sampai la semalam aku bercuti ke Kedah dan Taiping. Menghadiri perkahwinan sepupu. Tulah bila sepupu dah ramai kan. Asal kahwin je kena la tunjuk muka. Kang aku kahwin takde pula yg nak datang...huhu (",)

Sebenarnya, aku usaha bawa netbook & broadband aku ke sana. Tapi, dengan penuh keazaman nak online dan menulis entri, tiba-tiba "NO SIGNAL"....adoiii, kecewa sungguh la!! Bila pandang kiri-kanan, baru la aku perasan yg rumah pakcik aku tu sekelilingnya bendang. Agak kagum juga la kalau ada coverage kan.

Okay. Tutup cerita tu. Dah lepas pun. Aku nak update entri bergambar sebenarnya. Tapi, tengah pilih-pilih gambar mana yg aku nak share dengan korang semua. Sambil pilih, sambil BW....sambil baca komen-komen, tiba-tiba ternampak komen Gen2merah yg menghentam aku sebab dah lama takde entri...sedih :( hahaha...takde la...cuma nak berterima kasih pada dia la sebab menggerakkan rasa hati dan jari-jemari ni untuk mengupdate entri yg tak seberapa ni.

Okay la. Nak sambung pilih gambar sat. Gambar banyak yg cantik-cantik ni. Bukan senang nak bodek sang photographer, Ed Shahir, menangkap gambar dengan kadar percuma..hoho (",)


p/s : sesekali dapat buat photoshoot dengan sedara-mara memang satu pengalaman berharga dalam hidup...tunggu ye...nanti aku upload (",)







Post a Comment