They're My Best Buddies

Tuesday, 12 June 2012

Hari Ke-2 Perkahwinan Chik Jalilah dan Khairol Azam

Assalammualaikum W.B.T

Entri ni dah terperam 2 hari. Tapi, takpela...baru 2 hari kan (",) Ahad yg lepas, aku menghadiri majlis perkahwinan kak Ila dan abang Khairol bagi sebelah pengantin lelaki. Dan aku telah di'request' untuk menjadi pengapit. Ye...pengapit!! Kali kedua menjadi pengapit. Adoii...tak berapa suka, tapi demi kakak tersayang, aku setuju jelah.

Pengapit terpaksa memakai baju serba krim (kuning cair). Dan baju tu, aku jahit sendiri!! Haa...best tak?? Sempat menjahit lagi. Aku dapat idea untuk jahit baju tu masa dalam perjalanan balik ke rumah menaiki LRT. Sempat lagi aku berangan nak jahit baju macam mana masa tu. Kalau terlepas stesen, kan susah.




Bagi pengantin pula, kalau di sebelah pihak perempuan dah memakai baju serba pink, di sebelah lelaki pula mereka memilih warna kuning keemasan. Tapi, tak nampak macam keemasan sangat la. Emas yg suam-suam kuku je (",)




Apapun, beberapa teman yg hadir di majlis hari tu sempat menegur aku, "kenapa kau overshadow pengantin ni...?" Err...ampun kak Ila, takde niat nak overshadow pun. Aku tak make up hari kenduri tu. Aku dah buat baju tu seringkas yg mungkin. Niat asal nak jahit manik. Tapi tak jadi sebab tak nak nampak meriah sangat. Kang orang kata aku lak pengantin.

Dan pengapit lelaki sempat juga berbisik, "orang kata, pengapit tak boleh lebih cantik dari pengantin, nanti orang tak nampak pengantin sebab asyik nak pandang pengapit je..." Hahahaha...ada maksud tersirat ke tu...? Apapun, aku happy masa majlis tu berlangsung. Keluarga abang Khairol memang sangat best. Dan kak Ila sungguh bertuah menjadi sebahagian daripada mereka.




Perbualan kat bawah ni berlaku sebelum kami berkumpul untuk bergambar beramai-ramai seperti di atas :

Tuan Haji (kemeja coklat) : Dila, anak saya ada benda nak tanya ni...

Aku : Nak tanya apa tu...?

Anak Bongsu (tudung purple) : Abah tanya la...

Tuan Haji : Anak saya cakap, kakak tu cantik la (merujuk kepada aku)...nama dia apa...?

Aku : Eh...?? Heee...malu la cakap cantik (tersengih sambil memandang anak bongsu Tuan Haji tu)

Anak Bongsu : Nama kakak apa...?

Aku : Dila (",)

Anak Bongsu : Ooo...kak Dila ni cantik la...!

Aku hanya mampu tersengih bagaikan kerang busuk. Malunye saya!!!!! Tapi kan, orang kata kanak-kanak ni jujur. Mereka tak pandai menipu. Jadi, maknanya aku ni cantik la ye..?? Hahahaha...perasan sudah!!


p/s : Selamat pengantin baru sekali lagi buat kak Ila dan abang Khairol






Post a Comment