They're My Best Buddies

Wednesday, 6 June 2012

Cubaan Mencari Mood Mengemas Bilik

Assalammualaikum W.B.T

Jam dah pukul 11.00 malam masa aku tulis entri ni. Aku baru je balik dari tempat kerja dan tiba di rumah sejam sebelumnya. Lambat kan aku balik...? Gigih betul bekerja...hahaha (",)

Balik rumah - masuk bilik - masyaAllah, gile bersepah!! Hehehe...baju-baju yg baru basuh tu terbiar je. Tak dilipat, tak disimpan. Adoii...kan bagus ada mesin yg boleh melipat baju. Mudahnya hidup. Mata dah tak boleh tahan sebenarnya tengok keadaan bilik macam ni. Walaupun baju-baju tu tak menganggu aku pun, tapi tetap rasa sakit mata.

Jadi, sambil-sambil mencari mood nak mula mengemas, sempatlah update entri ni dulu. Tadi dah BW. Tapi kan kawan-kawan, bukan senang tau nak cari mood mengemas bilik di waktu orang dah mula tarik selimut. Arghhh...come on, Dylla...you can do it!!

Okay. Pergi dulu. Wish me luck ye...hahahaha


p/s : mesti kena bebel dengan mak kalau dia tengok aku biarkan baju-baju tak berlipat macam ni (",)






Post a Comment