They're My Best Buddies

Monday, 11 June 2012

Cantik Bergaya Tapi Pengotor...??

Mode : Achooo!!
Background Sound : Cleaner's vacuum


Assalammualaikum W.B.T

Dia cantik. Dia bergaya. Segalanya kelihatan begitu sempurna pada pandangan mata. TAPI, dia pengotor!! Amboi...siapa tu Dylla oii...?? Aku tak tujukan pada sesiapa pun. Topik secara am. Sebab, aku rasa ada ramai manusia begini yg wujud di muka bumi. Siapa setuju boleh teruskan membaca. Kalau ada yg tak setuju tu, hmm...sorry la...nak tulis juga...hoho (",)

Kadang-kadang. bila aku berselisih atau terjumpa kawan-kawan yg cantik, hensem dan bergaya ni, aku selalu tertanya, "diorang ni nampak cantik zahir batin ke..?" Maksud soalan aku tu bukanlah nak kata diorang ni secara batinnya tak cantik. Bukanlah nak kata diorang harap muka je elok, tapi perangai buruk. Bab perangai aku tak nak cerita kat sini. Sebab perangai aku pun macamlah baik sangat.

Aku cuma nak tekankan bab penampilan dan penjagaan diri. Mereka ni memang kelihatan bergaya. Tapi, pernah tak korang terfikir, diorang ni sebenarnya pembersih ke...? KeBANYAKkan yg cantik bergaya yg aku jumpa ni, selalunya mesti pengotor. Kat luar nampak dia elok je kan. Tapi, cuba tengok keadaan rumah dia. Atau keadaan bilik dia. MasyaAllah, Tuhan jelah yg tahu.

Pernah tak terbaca kes rumah Nasha Aziz yg pernah skodeng satu ketika dahulu...? Nasha Aziz tu cantik kan? Bergaya kan? Tapi, bila tengok keadaan rumah dia yg macam tongkang pecah tu, alahai...kenapa la jadi macam tu..? Aku minat gile dengan Nasha Aziz sebab penampilan dan cara dia bawa diri. Tapi, bila tengok keadaan rumah dia, terus rasa satu macam. Orang-orang yg cantik bergaya ni, memang macam tu ke...?

Tapi, bagi aku la, kalau sekadar rumah bersepah-sepah dengan baju tu, okay lagi la. Tinggal seorang, takde siapa nak kecoh kan. Tapi, kalau tinggal ramai-ramai...? Takkan la nak biarkan housemate menghadap benda ni juga. Tak adil la buat mereka, kan?

Aku teringat ayah pernah cakap dulu, "Kalau kita nak tahu seseorang tu pembersih atau sebaliknya, tengok je tandas rumah dia. Kalau tandas tu kotor dan berbau, mesti orang tu pengotor..." Sebab tu, aku cukup pantang betul dengan tandas yg berbau dan kotor. Keadaan tandas kat rumah dah sama taraf dengan tandas awam. Tandas awam pun kadang-kadang lagi bagus keadaannya.

Apapun, kebersihan tu bukanlah sekadar kebersihan diri semata-mata. Semua perkara pun mestilah kena bersih. Kena jaga. Kebersihan tu kan sebahagian daripada iman. Janganlah luaran saja nampak cantik dan bergaya. Tapi, hakikatnya, walau tiada siapa yg tahu, kenalah berpada. Biarlah cantik diluar, cantik di dalam juga.


p/s : sebab tu selalu rasa serabut bila bilik bersepah sikit...sanggup mengemas tengah-tengah malam walaupun keadaan diri penat gile, asalkan bilik tak bersepah (",)






Post a Comment