They're My Best Buddies

Friday, 15 June 2012

Belek-Belek Muka Kat Cermin

Assalammamualaikum W.B.T

Tabiat buruk yg memang sukar nak dibuang - belek-belek muka kat cermin!! Aku tak tahu la kenapa. Dari kecil lagi memang aku suka sangat dok menghadap cermin tu. Bukan buat apa pun. Merenung muka sendiri. Seiring dengan peningkatan usia, perubahan muka tu memang ketara la, kan?

Daripada comel menjadi cantik. Eh....??? Hahahaha...perasan!! Bukan maksudkan diri sendiri la. Aku ambil contoh secara am. Kita semua yang dilahirkan sempurna itu memang cantik. Mana ada baby yg tak comel kan...? Bila baby dilahirkan cukup sifatnya, dia memang akan membesar menjadi manusia yg cantik. Itulah anugerah yg Allah S.W.T beri kepada kita semua.

Okay. Berbalik kepada tabiat buruk aku tadi, punyalah suka dengan cermin sampaikan meja kat office pun ada cermin. Pergi tandas mesti kena belek muka kat cermin dulu. Pergi mana-mana kalau terjumpa cermin, mesti berhenti sekejap, paling kurang pun 5 saat la...huhu (",) Apa punya perangai daa!!

Tapi, apa yg aku nak kongsikan di sini, tabiat buruk itu la yg membuat kan aku terfikir, betapa sayangnya Allah kepada kita semua. Diciptakan dengan sempurna kejadian. Diciptakan dengan rupa yg berbeza-beza **walaupun aku pernah terbaca dalam dunia ni ada 7 orang yg berwajah serupa** Dan yg paling istimewa diciptakan dengan rupa yg diwarisi daripada ayah atau ibu kita sendiri. Miracle

Kita diciptakan dengan 2 mata untuk melihat. Tak kisah la mata tu bulat ke, sepet ke, juling ke, asalkan namanya mata, fungsinya memang untuk melihat.

Ada 2 telinga untuk mendengar. Tak kisah la telinga tu capang ke, besar ke, kecil ke, asalkan namanya telinga, fungsinya memang untuk mendengar.

Dan ada 1 hidung dengan 2 lubang hidung untuk kita bernafas dengan sempurna. Tak kisah la hidung tu mancung ke, kemek ke, lebar ke, asalakan namanya hidung, memang tak lain tak bukan fungsinya adalah untuk menghidu dan bernafas.

Dan ada 1 mulut dengan 2 bibir - atas dan bawah - untuk makan, bercakap dan mengumpat...oppsss, jangan mengumpat. Tak baik la. Berdosa makan daging saudara sendiri. Dan mulut tu pun tak kisahla bagaimana saiznya, bagaimana rupanya, asalkan namanya mulut, memang itulah fungsinya.

Nampak...?? Tu yg ada kat bahagian muka. Belum cerita pasal dahi, dagu dan pipi lagi. Setiap kejadian kecil yg Allah S.W.T ciptakan untuk diri kita memang dah sangat-sangat sempurna, kan? Mata, hidung, mulut, telinga, dahi, pipi dan dagu, terletak di kedudukan yg sangat sempurna. Pernah ke kita terfikir, macam mana la agaknya kalau hidung tu letaknya pada dahi...? Mesti pelik, kan?




Marilah kita bersyukur dengan ciptaan yg Allah S.W.T ini. Sempurna. Cantik. Tak terjangkau oleh akal fikiran kita bagaimana Allah S.W.T menjadikan semuanya lengkap dengan fungsi-fungsi yg tertentu. Sama-samalah kita menggunakan segala ciptaan Allah S.W.T ke jalan yg diredhai oleh-Nya. Janganlah kita menyalahgunakan kesempurnaan ciptaan-Nya ini. Wallahu'alam.


p/s : bersyukur punya tabiat buruk yg boleh membuat aku menjadi manusia yg lebih dekat dengan-Nya (",)






Post a Comment