They're My Best Buddies

Friday, 8 June 2012

Azeem vs. Dalila

Assalammualaikum W.B.T

Lagi entri tentang anak buah kesayangan aku, Azeem. Dulu, masa dia tak pandai berjalan, bersungguh-sungguh aku ajar dia berdiri dan berjalan. Dulu, bila dia tak pandai bercakap, bersungguh-sungguh juga aku berborak dengan dia. Sekarang..?? Kalau boleh aku selalu je nak suruh dia duduk diam-diam dan jangan bercakap apa-apa...hahahaha

Azeem ni selalu buat aku tersenyum seorang diri mengenangkan telatahnya yg mencuit hati tu. Kadang-kadang, nak marah dia pun tak jadi marah bila tengok muka dia yg tersenyum senang hati dapat mengenakan aku. Hai, budak kecik ni...tiba-tiba rindu pula kat dia.

Baru-baru ni, balik dari Kedah, dia asyik sebut nama "Dalila" je. Jangan salah faham pula. Dalila tu tak merujuk kepada aku langsung. Dan Azeem sebenarnya tak tahu pun nama makngah dia ni Dalila. Masa kenduri kat Kedah tu, dia kenal dengan seorang budak perempuan yg sangat comel bernama Dalila. Apala kebetulan ni...bikin Azeem confuse je.

Mana tak confuse nye, setiap kali dia buka cerita tentang Dalila tu, pasti yg mendengar akan menyangkakan aku la orang yg diceritakan oleh Azeem. Penat budak kecik tu explain. Bersungguh-sungguh dia menafikan Dalila tu bukan aku. Hahaha...kecoh la Azeem ni!!




Haa...inilah Dalila nye. Comel, kan...?? Actually, tak faham konsep permainan diorang ni. Seorang duduk atas kerusi, seorang tukang tolak. Tapi, diorang memang happy gile dengan permainan tu. Apa pun, Azeem memang tak putus-putus bercerita tentang Dalila yg kebetulan sebaya dengannya. Azeem...Azeem...kecik-kecik dah tunjuk bakat "peramah" dengan perempuan ye...!


p/s : seronok sebenarnya bila tengok Azeem pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan mudah dapat kawan (",)





Post a Comment