They're My Best Buddies

Thursday, 12 April 2012

Pemergiannya Masih Terasa

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Masih lagi berpeluang nak menulis sesuatu dalam blog buruk ni. 4 hari yg lepas, aku kehilangan satu-satunya atuk yg masih ada. Kini, aku kehilangan semuanya. Kedua-dua atuk dan kedua-dua opah. Allah S.W.T lebih menyayangi mereka. Moga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat-Nya. Amin.

Pemergian atuk benar-benar mengejutkan. Hari Ahad, ketika ayah sedang rancak berbual-bual dengan anak buahku, Azeem, ketika mak sedang sibuk memasak untuk makan tengahari, ketika adik bongsuku sedang bersantai melayari internet, tiba-tiba suara maksu yg menjengah atuk di dalam bilik, meraung kuat.

Aku yg ketika itu berada di majlis kahwin kawanku di Klang, menerima panggilan telefon dengan perasaan yg tidak percaya. Baru je hari Khamis sebelumnya aku mendengar suara ceria atuk di telefon. Tiba-tiba atuk pergi. Seperti arwah opah, atuk pergi tanpa ada sesiapa di sisi.

Ya Allah, Kau tempatkanlah arwah atukku di kalangan hamba-hamba-Mu yg beriman. Kau permudahkanlah jalannya menuju ke syurga-Mu. Atuk adalah manusia yg paling baik yg pernah aku kenal. Yg tidak pernah meninggalkan solatnya walaupun ketika sakit. Yg tidak loket mengeluarkan duitnya untuk mereka yg memerlukan. Yg tidak kedekut dengan senyuman walau ada sesuatu yg menyakitkan hatinya. Namun, Kau jualah yg Maha Mengetahui. Hanya kepada-Mu aku berserah. Amin.

p/s : masih terbayang airmata yg mengalir di pipi ayah...hilang sudah sahabat baik ayah di dunia ini :(




Post a Comment