They're My Best Buddies

Wednesday, 18 April 2012

Jangan Mudah Membenci

Semua tahu makna benci. Benci sering dikaitkan dengan perasaan tidak suka akan sesuatu perkara. Hakikatnya, manusia memang amat mudah untuk membenci sesuatu. Namun, ada kata-kata yg menyebut, perkara yg kita benci itu lama-kelamaan akan bertukar menjadi suka. Mengapa perasaan ini boleh wujud...?

Dalam kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan pelbagai jenis perkara. Ada perkara yg menyenangkan. Dan ada juga sebaliknya. Lumrah manusia, jika berhadapan dengan perkara yg tidak menyenangkan, mulalah timbul perasaan tidak selesa dan akhirnya akan menjadi benci.

Kita memang tidak akan lari dari perasaan benci. Perasaan ini wujud kerana kurangnya ketenangan di dalam jiwa. Perlu terlebih dahulu menenangkan diri dan jiwa sebelum benar-benar berhadapan dengan sesuatu perkara. Ini serba sedikit akan membantu kita untuk tidak menjadi seseorang yg suka membenci. Pembenci tidak akan mampu untuk menghargai kehidupannya sendiri akibat dari timbulnya perasaan benci yg bakal melahirkan rasa tidak puas hati atau tidak cukup.

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Cintailah sesuatu itu dengan biasa saja, kerana boleh jadi satu masa nanti perkara itu akan menjadi sesuatu yg dibenci, dan bencilah sesuatu yg tidak kamu ketahui dengan biasa saja, kerana boleh jadi satu masa nanti perkara itu akan menjadi sesuatu yg akmu cintai."

Jadi, marilah kita tanamkan sifat bersederhana di dalam semua perkara. Jangan mudah membenci dan jangan juga mudah mencintai. Islam sendiri menggalakkan umatnya sentiasa berwasatiyyah yg bermaksud, bersederhana. Islam itu mudah. Islam itu indah (",)


p/s : pernah bencikan seseorang yg kini menjadi sahabat baik aku...jika boleh diputarkan masa, tak nak rasa benci pada dia
Post a Comment