They're My Best Buddies

Tuesday, 17 April 2012

Ayah Rindukan Sahabat Baiknya

Assalammualaikum W.B.T

Maaf la kalau aku masih nak menulis entri tentang pemergian atuk aku. Tak boleh berhenti dari mengingati arwah atuk yg terlalu rapat dengan keluarga kami.

Baru-baru ni, aku pulang ke kampung, seminggu selepas kematian arwah. Masa aku sampai, dah lepas waktu solat Zuhur. Aku sengaja nak masuk ke bilik arwah atuk. Meninjau-ninjau kenangan atuk di situ. Tapi, apa yg jelas, ayah sedang berbaring di atas katil arwah atuk. Lena betul tidurnya. Tak sedar langsung aku datang.

Tak nak mengganggu ayah, aku mencari mak dan berbual-bual dengannya. Masih dengan topik arwah atuk. Mak aku pun masih tersasul-sasul membuat sarapan pagi untuk arwah atuk. Terlupa yg atuk telah pergi meninggalkan kami semua.

Tepat ketika azan Asar berkumandang, ayah bangun dari tidurnya. Aku mengintai dari luar bilik, memerhatikan tingkah laku ayah. Ayah termenung seketika. Dia kemudian terus berwudu' dan menunaikan solat Asar, di dalam bilik arwah atuk, di atas sejadah yg pernah arwah atuk gunakan sebelum ini. Wajah ayah kelihatan tenang. Tapi, aku tahu, jauh di sudut hatinya, dia merindui sahabat baiknya itu.

Ayah, masa memang tak akan berpatah balik. Yg pergi memang akan terus pergi. Kita sama-sama doakan moga roh arwah atuk dan opah dicucuri oleh rahmat-Nya selalu ye.


p/s : al-Fatihah









Post a Comment