They're My Best Buddies

Friday, 20 April 2012

Allah S.W.T Mengingatkan Hamba-Nya Yang Alpa

Assalammualaikum W.B.T

Manusia mudah lupa. Manusia memang sinonim dengan lupa. Istilah ini bagaikan sudah sebati dengan diri kita sebagai manusia. Apa jua yg kita lakukan, pasti ada perkara yg kita lupa. Tiada isu memori atau ingatan di sini. Bukan kerana daya ingatan kita kurang, kita lupa untuk melakukan sesuatu. Namun, komitmen yg melampau terhadap sesuatu perkara, menyebabkan kita lupa akan suatu perkara yg lain.

Contoh terbaik adalah solat. Ketika kita sibuk di dalam urusan harian, kita seringkali lupa dengan tanggungjawab kita terhadap-Nya. Seringkali terjadi, "alamak, aku belum solat Zuhur lagi la!!" Jangan begitu. Walaupun seberat mana sekalipun komitmen kita terhadap sesuatu perkara, tanggungjawab yg satu itu jangan dilupakan.

Kadangkala, bila kita terlalu taksub dengan urusan dunia, Allah S.W.T yg Maha Penyayang akan mengingatkan kita tentang tanggungjawab sebagai hamba-Nya dengan pelbagai cara. Salah satu caranya adalah dengan menurunkan dugaan terhadap hamba-Nya. Ditimpa bencana, penyakit atau yg seumpama dengannya.

Janganlah kita mengeluh jika diberi dugaan sebegini. Seharusnya kita bersyukur kerana Allah S.W.T sayangkan kita. DIA mahu kita sedar akan kesilapan yg mungkin pernah kita lakukan tanpa kita sedari. DIA mahu memberi ingatan terhadap kita yg alpa akan-Nya. DIA sekadar mahu kita menjadi hamba-Nya yg lebih baik.

Firman Allah S.W.T di dalam Surah Ali-Imran - ayat 31-32 :

"Katakanlah (wahai Muhammad), jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu, dan Allah maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad), taatlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya, oleh itu jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir."

Siapapun kita dan apapun jua yg kita lakukan, ingatlah Alla S.W.T sentiasa bersama kita. DIA Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Janganlah kita melupakan-Nya jika kita tidak mahu diri dilupakan-Nya.


p/s : bersyukur kerana dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W (",)




Post a Comment