They're My Best Buddies

Thursday, 1 March 2012

Ukur Baju Badan Sendiri

Assalammualaikum W.B.T

Semalam takde entri. Sebab..?? Aku bercuti menguruskan pelbagai hal. Jadi, hari ni aku kembali semula ye. Alahai...macam la ada orang yg kisah sangat pun...hoho :p

Idea untuk menulis entri ni aku dapat lepas berbual dengan seorang teman tentang hubungannya dengan bekas kekasih hati. Mengikut katanya, dia pernah diberi peringatan oleh teman-teman terdekat, "ukur baju badan sendiri la beb!"

Mengikut pemahaman aku, istilah ukur baju badan sendiri tu maksudnya kalau nak mencari pasangan hidup atau melakukan apa saja, biaralah yg bersesuaian dan sepadan dengan kemampuan kita, betul kan...? Bila aku dengar ungkapan ni, aku mula la terfikir tentang apa yg pernah aku lakukan dalam hidup aku ni. Adakah semua perkara yg aku lakukan tu bersesuaian dengan kemampuan aku...? Adakah semua orang yg pernah menjadi kawan aku tu sepadan dengan aku...? Alamak...ayat 'sepadan dengan aku' tu macam apa je. Okay la...tukar-tukar...adakah aku sesuai dan sepadan berkawan dengan semua yg pernah menjadi kawan aku sebelum ni...?

Bila memikirkan perkara-perkara yg pernah aku lakukan, rasanya ada juga yg di luar kemampuan aku. Tapi, aku gigihkan juga. Hasilnya memang la tak kemana. Cuma boleh dapat pengalaman hidup. Well, pengalaman hidup tu mahal kan harganya (",)

Dan bila terkenangkan ada di antara kawan-kawan aku yg 'berada' dan cara hidup mereka memang tak tercapai dek akal aku untuk memikirkannya, aku rasa macam diri aku sangat kerdil kot. Memang terlupa langsung aku nak mengukur baju di badan aku sendiri.

Jadi, lepas ni...apa pun yg aku nak lakukan, dengan siapa pun yg aku nak berkawan, kena la tengok diri sendiri dulu. Mampu atau sebaliknya.

p/s : sabar dan tabah hadapi dugaan hidup ** eh, ada kaitan ke..?? **
Post a Comment