They're My Best Buddies

Tuesday, 13 March 2012

Mulakan Dengan Niat

Assalammualaikum W.B.T

Dah petang baru la terhegeh-hegeh nak update entri. Tapi, entri kali ni tak nak tulis panjang-panjang. Sebab input yg aku dapat pun sikit je. Tapi berinfomasi (",)

Jumaat minggu lepas, kami di Registrar (UniRazak) telah mengadakan satu perjumpaan yg dinamakan tazkirah mingguan. Memang best aktiviti ni. 2 minggu lagi giliran department aku pula. Tak tahu la bos aku yg kelakar tu nak cakap pasal topik apa..huhu :)

Okay...okay...back to the point. Topik yg diperdengarkan pada hari Jumaat yg lepas adalah Niat. Simple je penyampaian penceramah tu. Setiap pekerjaan atau ibadah kita mestilah dimulakan dengan niat. Segala niat itu baik atau buruk bergantung pada diri masing-masing. Baik niatnya, maka baiklah hasilnya. Buruk niatnya, maka buruklah hasilnya.

Jadi, itulah kuncinya. Jom kita sama-sama fikir balik, apa yg kita sedang lakukan ini, adakah dengan niat yg baik atau sebaliknya..? Renung-renungkan (",)

p/s : sangat busy sebab bos cuti lama..kerja berlambak...!! try to update soon (",)
Post a Comment