They're My Best Buddies

Monday, 26 March 2012

Hati Tersentuh Di Kala Sujud Ke Hadrat Illahi

Assalammualaikum W.B.T

Isnin kembali menemui kita seperti biasa. Putaran hidup yg akan terus kekal selagi dunia dipinjamkan oleh-Nya. Dan rutin harian kita pun bermula seperti biasa pagi ini. Ada yg menghadapi Isnin dengan penuh keceriaan. Tapi, ada juga yg beranggapan Isnin itu hari yg tak nak dihadapi ** termasuk aku la kot :p **

Alhamdulillah. Buka je mata Subuh tadi, Allah telah memberi peluang sehari lagi untuk aku bernafas hari ini. Tak tahu la kenapa, tapi solat Subuh pagi tadi tiba-tiba terasa sebak. Semakin sebak bila tiba saat sujud terakhir. Cuba untuk khusyuk, tapi semakin jelas gambaran-gambaran yg tak sepatutnya tergambar.

Ya Allah, banyak betul dosa aku selama ini. Haa, bercakap pasal dosa pula! Memang tak akan habis. Selagi aku hidup, selagi itulah dosa itu ada di mana-mana. Antara sedar atau tidak, kita digelumangi oleh dosa-dosa tersebut. Sebaik saja salam dilafazkan, terus hati aku terdetik,

"Allah dah beri apa yg aku nak. Keluarga yg bahagia. Sumber rezeki yg halal. Alhamdulillah. Tapi, aku beri tak apa yg Allah nak...?"

Hingga sekarang ni, hati aku masih terasa sesuatu. Berdebar-debar. Sebak. Kecewa. Macam-macam rasa la pendek kata. Tu yg terus tulis entri keinsafan sikit ni. Peringatan untuk aku yg mudah lupa. Buat kawan-kawan juga, moga kita semua berada di bawah lindungan rahmat dan kasih-Nya selalu. Amin.


p/s : Banyak dugaan bila kita dah berniat nak berubah untuk menjadi lebih baik kan...
Post a Comment