They're My Best Buddies

Monday, 19 March 2012

Hak Orang Jadi Hak Sendiri

Setiap orang ada barang atau sesuatu yg menjadi kepunyaan sendiri. Cuba bayangkan, kepunyaan kita itu yg selama ini kita sayang dan kita jaga dengan sebaiknya, tiba-tiba hilang dari pandangan mata...? Mesti sedih kan...?

Dah tentu la aku nak bercerita tentang orang yg 'Panjang Tangan' ni atau dalam maksud yg lebih mudah - pencuri. Orang yg mencuri ni memang suka jadikan hak orang lain sebagai hak sendiri. Dia rasa dia suka sesuatu benda tu, dia ambil je tanpa pengetahuan tuannya. Tanpa memikirkan langsung perasaan orang yg kehilangan sesuatu yg mereka sayang.

Pencuri, peragut, perompak - mereka adalah dari kategori yg sama. Kerja mereka mudah. Tapi, akibat dari perbuatan mereka itu bukan mudah untuk dimaafkan.

Tak payah la buat macam tu kan. Suka-suka hati nak ambil hak orang. Cuba fikirkan macam mana kalau orang ambil hak kita pula...? Sakit kan rasanya...? Dunia ni bulat. Apa saja yg kita buat sekarang, jika niat untuk menyakitkan hati orang lain, tunggu saja masanya bila hati kita akan disakiti pula.

Bak kata orang sekarang, "Allah bayar cash je..!" Beruntunglah bagi mereka yg dapat balasan di dunia. Tapi, lepas tu beringat la ye. Jangan dah dapat balasan, lepas tu ulang balik kesilapan yg serupa. Memang jenis tak makan saman namanya tu. Sendiri mau ingat la.


p/s : rasa tak puas hati dengan kehilangan 'buah hati' tak hilang lagi....tetiba baru-baru ni kakak ipar aku kehilangan hp Samsung Galaxy hadiah dari abang aku pula...aku yg stress!!





Post a Comment