They're My Best Buddies

Wednesday, 7 March 2012

Apala Boss Ni...!!

Bos kat tempat kerja aku sekarang ni sangat la kelakar ** pendapat peribadi aku la ** Bagi aku, dia memang seorang bos yg sangat efisyen, berdedikasi, bertanggungjawab dan paling sporting antara semua bos yg ada kat sini.

Bos ni ada habit yg aku tak rasa pelik walaupun berulang kali berlaku benda yg sama. Nama pun habit kan. Antaranya, dialog-dialog bos yg selalu buat kitaorg terdiam tapi akan ketawa kemudiannya.

1. Bila bos nampak kitaorang berkumpul depan PC sesiapa pun, dia mesti akan tanya, "Hah...siapa menang..??" Macam la kitaorang tengah tengok football match!

2. Bila bos ada cerita/berita untuk kitaorang, dia mesti keluar dari bilik dia sambil sengih-sengih, lepas tu cakap, "Kamu nak tahu tak..." Gosip sangat bos ni!!

3. Bila setiap kali bos nak makan kat meja kosong depan aku ni, dia mesti akan cakap, "Saya makan kat sini boleh tak..? Bilik saya tu sejuk sangat la. Beku sambal ikan bilis ni dibuatnya..." Erkk...?? Pulak!!

4. Bila bos nak balik awal, dia keluar-masuk bilik dia beberapa kali sebelum beritahu, "Saya nak keluar ni. Ada hal sikit dekat bla bla bla...kalau sempat saya masuk la ofis balik ye..." Memang tak muncul-muncul dah dia lepas tu!!

5. Bila bos suruh aku tunjukkan masalah dalam sistem yg aku kurang faham kat PC aku ni, sambil dia berdiri belakang aku, dan aku yg kadang-kadang tersilap klik, dia mesti cakap, "Saya makan nasi la..." Adoiii...saya nervous la bos berdiri belakang saya!!

Haa...tu antaranya. Ada banyak lagi. Yg paling best, bos bila nak panggil staff dia yg perempuan mesti akan jerit, "makwe!" Dah la kitaorang bertiga pandang-pandang...bos panggil makwe yg mana satu ek..?? Hahaha...tapi, bila ingat balik 5 perkara tu pun dah buat aku gelak sorang-sorang. Bos..bos...macam-macam hal la...!!!

p/s : 1st time dapat bos lelaki...macam ni rupanya (",)
Post a Comment